Tahukah kamu jika menjadi seorang wanita dikatakan sebagai
ahli syurga. Namun banyak sekali dugaan yang harus dihadapi seorang wanita
ketika hidup di dunia.
Hal ini dikeranakan banyak dosa besar yang boleh dilakukan
oleh wanita walaupun perbuatan tersebut dianggap remeh.
Ada beberapa perbuatan yang seringkali dilakukan oleh wanita
dan perbuatan tersebut dianggap zina walaupun ramai orang yang tidak
melakukannya secara nyata.
Seperti yang dikongsikan oleh web renunganislam, berikut
ialah 5 perbuatan yang dianggap zina oleh wanita.
1. Melakukan Urusniaga dan Memakan Riba
Banyak wanita yang tahu jika riba itu perbuatan dosa namun
masih saja ramai wanita yang tergoda dengan urusniaga riba bahkan dengan
bangganya mereka memakan hasil riba yang dianggap menguntungkan itu.
Dan yang perlu wanita ketahui jika riba itu dosanya sangat
besar daripada berzina 36 kali.
Bahkan menurut sabda Rasulullah SAW :
“Riba itu 73 pintu (dosa) Yang paling ringan adalah sama
seperti dosa seseorang yang menzinai ibu kandungnya sendiri” (HR Alhakim dan Al
Baihaqi).
2. Memakai Parfum Supaya Kaum Lelaki Mencium Baunya
Salah satu perbuatan yang sering dilakukan wanita dan
dianggap dosa besar yakni memakai parfum supaya kaum lelaki menciumnya.
Banyak wanita yang ingin tampil cantik dan wangi ketika
berada di samping lelaki.
Namun perbuatan seperti ini dianggap telah berdosa kerana
telah memakai parfum berlebihan di depan lelaki yang bukan suaminya.
Dalam hadis Rasulullah bersabda :
“Wanita sesiapa sahaja yang memakai parfum kemudian melewati
pada suatu kaum supaya mereka mencium bau parfum itu maka perempuan itu
dianggap berzina” (HR An Nasa’i)”.
3. Bersentuhan Kulit Dengan Kaum Lelaki yang Bukan Mahramnya
Salah satu perbuatan yang diaggap dosa besar yakni wanita
yang memperbolehkan kulit tubuhnya disentuh lelaki.
Bahkan wanita yang telah melakukan sentuhan tangan dengan
lelaki yang bukan mahramnya ini dianggap seperti berzina dengan azab yang
paling dahsyat oleh Allah SWT.
Rasulullah bersabda: ” Zina tangan adalah dengan meraba
(Menyentuh)” (HR Muslim).
4. Menyukai Sesama Jenis
Seseorang yang menyukai sesama jenis atau lesbian ini
dianggap sebagai dosa besar dan termasuk penyakit kesucian.
Dalam kitab Ad Dawaa’, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dijelaskan
jika perbuatan lesbian ini membuat pelakunya dikategorikan sebagai pezina.
“Disebutkan dalam sebagaian Atsar yang Marfu’: “Jika Seorang
wanita mendatangi wanita yang lain maka keduanya adalah penzina ” tulis Ibnu
Qayyim”.
5. Zina Anggota Tubuh Lainnya Seperti Zina Mata , Telinga
atau Lisan
Perbuatan Zina yang dianggap dosa besar yakni zina mata ,
telinga atau lisan.
Perbuatan Zina ini mengakibatkan lawan jenis memiliki
kesempatan banyak untuk melihat tubuh wanita yang pada akhirnya boleh
membangkitkan syahwat lawan jenis.
Zina mata, telinga atau lisan semua perbuatan yang dilakukan
dengan tujuan membangkitkan syahwat lawan jenis untuk menyentuh atau
berkomunikasi tubuh dengannya.
Jadi, itulah dia kelima perbuatan yang dianggap zina dan
perlu diketahui wanita.
sumber: islam itu indah
POPULAR ARTICLE
Tanda taubat diterima Allah
Petua kecantikan Ustazah Norhafizah Musa (yang ustazah dapat daripada seorang pakar ObsGynae yang pernah tinggal di Saudi)
POPULAR ARTICLE
Tanda taubat diterima Allah
Petua kecantikan Ustazah Norhafizah Musa (yang ustazah dapat daripada seorang pakar ObsGynae yang pernah tinggal di Saudi)
loading...
0 Response to "Untuk Wanita, Inilah Perbuatan yang Dianggap Zina Meski Kamu Merasa Tidak Melakukannya"
Post a Comment