SEBAB-SEBAB kenapa kena kahwin Yang Sepatutnya Dipegang Namun Sering Kali Diabaikan Sehinggakan Rumah Tangga Porak Peranda.






Wahai kawan..

Actually, kahwin ni ada banyak sebab. Bukan nak puaskan nafsu semata. Sungguh. Saya akan senaraikan sebab-sebab kenapa kena kahwin, supaya lepas-lepas ni matlamat korang nak kahwin ni betul-betul jelas


1) Aku nak kahwin sebab kahwin ni perintah Allah dan aku nak ikut sunnah nabi.

Ni first kita kena letak. Apa guna kahwin tapi bukan kerana Allah? Apa guna kahwin kalau hanya kerana nafsu? Apa guna kahwin tapi tak ikut sunnah nabi?

Bila kahwin bukan kerana Allah, just kerana cinta dan nafsu semata, akhirnya bila dah tak rasa cinta, terus bergegar rumah tangga dengan pergaduhan dan konflik. Ye lah, bila hidup takde Allah dalam hati, memang takkan tenang. Percayalah.

2) Aku nak kahwin sebab nak dapat TAQWA.

Apa kaitan kahwin dengan taqwa?

Nabi ada bersabda:

مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الْإِيمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Barangsiapa berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa dengan  separuhnya yang lain…”
(HR Tabrani)

Apa yang korang faham dari hadis ni?

Bermakna, hakikatnya, dengan kahwin nilah jalan pintas untuk dapat taqwa! Bermakna, kahwin je sebenarnya dah menyelamatkan kita dengan banyak benda dah fitnah yang berlaku. Bila kita kahwin, seolah-olah kesempurnaan agama telah hadir pada diri kita. Tinggal, kita nak menjalankan projek TAQWA dengan pasangan kita agar kehidupan kita dan pasangan seiring dengan apa yang Allah dan rasul inginkan.

3) Aku nak bina keluarga islam.

Ni sangat penting beb! Kita nak kahwin supaya dapat membina legasi muslim, melahirkan anak dan mendidik anak dengan acuan islam yang sebenar, menanam benih-benih iman dan taqwa dalam jiwa anak-anak dari kecil hingga besar. Ini antara tujuan kita kahwin!

Berapa ramai yang langsung tak fikir pasal anak? Tak kisah apa nak jadi pada anak dia, merokok ke, couple ke, berzina ke, minum arak ke, layan ajnabi ke, keluar malam ke, tak solat ke, dia langsung tak ambik port. Apa yang dia tahu, nak anak dia kaya. Langsung tak fikir tentang agama sang anak.

Sedangkan kita nak melahirkan generasi muslim yang mengamalkan islam dengan menyeluruh! Sebab tu kena kahwin!

4) Aku nak elak diri dari fitnah maksiat.

Bila dah kahwin, kita akan rasa sangat mudah untuk jauhi maksiat, lagi-lagi maksiat bab mata dan kemaluan. Juga, ia menjaga kita dari berikhtilat, kerana bila dah kahwin ni, kita akan rasa sangat malu nak bergedik-gedikan dengan orang berlainan jantina.

5) Aku nak melajukan dakwah.

Bila dah kahwin ni, dakwah kita akan bertambah laju bila ada pasangan yang support dakwah dan tarbiah kita. Kalau kita tak kahwin sebab dakwah, akhirnya, bila kita nak buat dakwah dan pasangan kita tak support, kita akan rasa sangat tertekan dan boleh jadi, kita akan tinggalkan dakwah dan tarbiah. Bahaya!!

Tapi, bila suami isteri, dua-dua faham dakwah tarbiah, dan dua-dua aktif dalam berdakwah dan mentarbiah, fikrah yang sama, cara fikir yang sama, perjuangan yang sama, ia akan membuatkan dakwah kita makin laju!!

Nabi Muhammad di support oleh isterinya, Khadijah, Aisyah dan lain-lain. Kerana itu dakwah nabi sangat laju. Manakala, nabi Nuh dan nabi Lut, isteri mereka menentang dakwah mereka, itu antara faktor kenapa dakwah mereka tidak berkembang. Kerana apa? Kerana isteri sendiri menentang. Sebab tu, penting sangat memilih pasangan yang faham kehendak dakwah tarbiah!

Ini, kalau tak suami atau isteri yang tak faham dakwah tarbiah, bila suami nak pergi program usrah, isteri merajuk. Nak pergi program dakwah dua tiga hari, isteri merungut. Nak guna duit untuk infaq pada dakwah, isteri ungkit. Akhirnya, stress.

Saya dah jumpa ramai orang yang power dakwah, tapi, bila kahwin dengan pasangan yang tak buat dakwah, akhirnya, mereka kalah dengan godaan pasangan mereka, dan akhirnya tinggalkan dakwah tarbiah. Bahaya….

6) Aku nak kehidupan seharian aku terurus.

Bila kahwin ni, pasangan kita akan melengkapkan kelemahan-kelemahan kita. Misal kata, laki biasanya, bab kemas-kemas bilik, basuh baju, masak semua ni, fail sikitla. So, bila tak terurus, nant stress, bila stress, ia mengganggu kerja dakwah tarbiah kita. Tapi bila kahwin, isteri ni jadi pelengkap untuk mengurus benda-benda yang kita tak terurus.

Ada isteri tolong masak, gosok baju, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya.

Kalau boring, ada la orang untuk sembang, luah masalah bila emosi tak stabil, bleh bergurau senda, bergelak tawa, berkongsi cerita, dan sebagainya.


Actually banyak je lagi boleh list. Apa yang saya nak korang faham ialah, jelaskan matlamat kahwin ni. Bukan takat “nak halalkan hubungan” je setelah bertahun melakukan hubungan yang tak halal. Bila dah biasa buat benda haram ni, takkan rasa nikmat bila buat benda halal. Percayalah.

Credit: Ustaz Adnin Roslan 







loading...

0 Response to "SEBAB-SEBAB kenapa kena kahwin Yang Sepatutnya Dipegang Namun Sering Kali Diabaikan Sehinggakan Rumah Tangga Porak Peranda. "

Post a Comment