Kenapa Nak Kawin Sangat Ya? Inilah Sebab-Sebab Nak KAwin Yang TIDAK TEPAT Selalu Orang Bagi Dan Akhirnya Perkahwinan Tidak Seperti Yang Diinginkan. MESTI BACA!! Agar Dapat Perbetulkan Sebab Mahu Kawin Sebelum Terlambat.






Bismillah.

Bila cerita bab kahwin ni, ramai yang suka. Saya pernah bagi talk pasal kahwin, pergh, ramai gila orang datang. Tapi, bila sentuh bab Tarbiah ke, dakwah ke, sambutan tak sehangat yang topic kahwin la, cinta la, dan sebagainya.

Saya pun tak tahu apa yang best sangat bab kahwin ni. Tapi, apa yang saya nampak, sangat ramai orang yang tak faham pun pasal kahwin ni. Bahkan, ramai yang salah faham.

Di sebabkan itu, saya nak ulas beberapa isu berkenaan kahwin ni, dan apa kaitannya dengan dakwah dan tarbiah. Ye lah, saya rasa, saya kena explain bab kahwin ni pada korang atas banyak faktor. Antaranya, kalau korang nak tahu, purata statistic penceraian setiap tahun di Malaysia ialah sebanyak 27,000 kes. Bermakna, kalau kira, 27,000 bahagi dengan 365 bersamaan 73. Bermakna, sehari aka nada 73 kes cerai yang di daftarkan. 73 bahagi 24jam bersamaan 3. Means, setiap satu jam, ada 3 kes cerai di daftarkan.

Pergh. Kronik beb. Kronik. Sedih pulak rasanya.

Hmm..

Back to the topic.

Bila sebut pasal kahwin, zaman sekarang, budak darjah 1 dah berani kata “Aku nak kahwin dengan awak” dekat awek or pakwe dia. Belum cerita sekolah menengah, universiti bagai. Kadang-kadang, tension jugak nak handle benda ni.

Insyallah, saya akan hurai bab kahwin ni dalam beberapa aspek supaya korang boleh faham secara terperinci, dan harap-harap, bila korang faham benda ni, dapatla korang jadi lebih bertanggungjawab dan matang. Saya akan explain beberapa point:

1) Kenapa kena kahwin?
2) Kahwin awal atau lambat mana lagi bagus?
3) Isu keluarga yang menghalang perkahwinan?
4) Isu Istikharah
5) Kesimpulan

Ok, dah bersedia nak tenggelam dalam lautan perbincangan kita pada kali ni? Tarik nafas, turun nafas, pejam mata, betulkan niat, doa agar di beri kefahaman, buka mata. Kalau boleh, sediakan pen ataupun highlighter untuk garis point-point penting insyallah.

Jom mulakan!!!

KENAPA KENA KAHWIN?

Saya banyak kali handle kes orang yang nak kahwin ni, kebanyakannya, bila saya tanya:

“Kenapa kau nak kahwin sangat ni?”

80% bagi jawapan:

“Sebab aku nak tinggalkan maksiat….”

Saya mengeluh kecil.

Ramai orang dia nak kahwin sebab nak menghalalkan couple yang mereka telah lakukan sekian lama. Atau nak menghalalkan ikhtilat supaya mereka lepas-lepas ni boleh la mesej-mesej dan pegang-pegang semua tu dengan jalan yang halal. Sebab tu mereka nak kahwin.

Pokoknya, nak tinggalkan maksiat.

TAPI, adakah kahwin ni tujuannya hanyalah untuk nak tinggalkan maksiat??

Percayalah, percayalah!

Korang jangan ingat, lepas kahwin, maksiat yang korang buat tu akan hilang. Ramai orang ingat, kahwin ni, magik, lepas kahwin, insyallah dah tak buat maksiat.

Ada yang kahwin sebab tak nak ikhtilat, dan akhirnya dia kahwin. Tapi lepas kahwin, ikhtilat dengan perempuan lain, dan akhirnya curang. Puncanya kenapa? Sebab, sebelum kahwin mereka tak jaga ikhtilat. Kami dapat ratusan soalan macam ni.

Ada yang kahwin sebab tak nak tengok video lucah dah. Tapi lepas kahwin, mereka akhirnya jatuh juga ke kancah video lucah. Kami dah banyak kali handle kes dan soalan macam ni, dapat soalan si ayah tengok video lucah, ada kes si ibu tengok video lucah, bahkan sampai porak peranda sampai ada yang bercerai.

Ada yang kahwin sebab dah berzina dan terlanjur, dan untuk mengelakkan rasa malu dan nak rasa bertanggungjawab, mereka pun kahwin. Tapi, ada jugak banyak kes, si suami curang lepas kahwin, ada juga kes si isteri curang selepas kahwin dan sebagainya. Puncanya apa? Sebab sebelum kahwin mereka dah berlaku curang pada diri sendiri iaitu dengan berzina.

Akhirnya, korang jangan ingat dengan kahwin ni, korang mampu tinggalkan maksiat. Sungguh, korang kena tahu, bahawa, perkahwinan ni bukan magik.

Sebab tu, ingat pesan saya…

1) Kalau korang tak usaha nak tinggalkan video lucah sebelum kahwin, lepas kahwin pun korang akan rasa sangat susah nak tinggalkan video lucah.

2) Kalau sebelum kahwin korang masih susah nak tinggal drama cinta tak kisah la korea jepun bangla Hindustan melayu inggeris ke apa, dan korang dah hanyut dalam dunia fantasi lakonan yang konon-kononnya menggambarkan kisah cinta yang perfect, akhirnya bila korang dah kahwin, korang akan rasa KECEWA dengan percintaan tu, sebab rupa-rupanya dunia perkahwinan tu taklah seindah dan seperfect sepertimana yang korang baca dalam novel, tengok drama dan lirik-lirik lagu.

3) Kalau korang sebelum kahwin tak jaga ikhtilat dan bercouple clash, bercouple clash tak habis-habis, sekejap jumpa awek pakwe ni, ajak couple pastu clash dan berulang-ulang, selepas kahwin, amat susah untuk nak harmoni, akan berlaku benda yang sama, kita akan rasa suka pada pasangan yang lain, dah kahwin pun still bercinta dengan laki selain suami dan perempuan selain isteri, bergayut, dating dan sebagainya.

Dan sebagainya.

Mungkin korang rasa macam saya sangka buruk dan judge. Kalau korang rasa macam tu, saya minta maaf sunguh-sungguh. Bukan niat saya nak cop or ramal masa depan orang. Hidayah Allah tu luas. Tapi, apa yang saya cerita ni berdasarkan pengalaman saya handle ratusan kes. Dan benda ni memang real.

SEBAB TU LAH, bagi saya, kalau niat korang nak kahwin ni hanya semata-mata sebab nak tinggalkan maksiat, ia langsung tak kukuh.

Habis tu,  kalau dah kahwin dan masih buat maksiat, apa nak buat? Takkan nak cerai? Sebab matlamat tak tercapai.

Hmmm…

Kerana itulah saya nak sangat korang faham sungguh-sungguh, kahwin ni sebab apa actually? Kenapa perlu kahwin, adakah sebab nak puaskan nafsu semata, atau nak halalkan perhubungan semata, atau nak tinggal maksiat semata? Sebenarnya, perkahwinan ni jauh lagi luas daripada tu!

Kalau kahwin sebab nak tinggal maksiat, kalau kita dah berjaya tinggalkan maksiat lepas kahwin, whats next?

Kalau kahwin sebab suka dan cinta sangat si dia, lepas kahwin, kalau cinta dah pudar, whats next?

Whats next?

Sebab tu, matlamat kahwin kena betul-betul jelas, clear dan beragenda wahai kawanku!

Kalau saya tanya korang:

“Berikan 10 sebab kenapa korang nak kahwin?”

Rasa-rasa korang boleh ke jawab? Cuba tanya diri sendiri.

Ingat pesanan saya:


“Kalau kita kahwin sebab nak puaskan nafsu, kita akan jemu. Tapi, kalau kita kahwin kerana TAQWA, kita takkan jemu..”
Credit: Ustaz Adnin Roslan

Topik Ini Saya Akan Update Kemudian.

3) Isu keluarga yang menghalang perkahwinan?
4) Isu Istikharah
5) Kesimpulan







loading...

0 Response to "Kenapa Nak Kawin Sangat Ya? Inilah Sebab-Sebab Nak KAwin Yang TIDAK TEPAT Selalu Orang Bagi Dan Akhirnya Perkahwinan Tidak Seperti Yang Diinginkan. MESTI BACA!! Agar Dapat Perbetulkan Sebab Mahu Kawin Sebelum Terlambat."

Post a Comment