Kalau isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa
mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? kalo suami plak ibu lebih utama
dari isteri kan? tp nafkah tu mmg isteri la yg mesti diutamakan.. kan? tp
kebajikan ibu bapa takleh diabaikan..
Jawapan:
Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah
keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak
perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan
jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung
sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami
ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada
tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku
ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama
daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua'lam. Jazakumullahu khair.
Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz
jawab di atas.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Assalamualaikum.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah
sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si
Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa
Muslimah itu sendiri. Benarkah hal ini.
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang
diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang
Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik
atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak
berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri
tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan
kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk
memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga
akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula
memerlukan bantuan menantu mereka.
5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka
adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan
hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad
bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh 'Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu'ud,
dan Shaikh 'Abdullah bin Ghudayan, Shaikh 'Abdul Razzaq 'Afifi
Wallahua'lam.
Sumber: Facebook Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
BACA INI JUGA
- INI ADALAH 10 CARA MUDAH MEMBUAT ISTERI ANDA BAHAGIA DAN SENTIASA TERSENYUM LEBAR APABILA MELIHAT ANDA
- 10 SIFAT-SIFAT ISTERI YANG MENJADI PENAMBAH REZEKI SUAMI
loading...
0 Response to "Penjelasan Untuk Isteri: Siapa Lebih Utama Mertua Atau Ibu Bapa Kandung? Ramai Yang Silap!"
Post a Comment