PaNDuAn LeNGkaP SoLAt SunAT DhuHA
Solat Sunat Dhuha mempunyai manafaat yang sangat besar.
Mereka yang mengerjakan solat Dhuha akan sentiasa berada dalam perlindungan
Allah SWT sepanjang hari. Dosa-dosanya diampunkan, terhindar dari
perbuatan-perbuatan buruk, Allah melimpahkan rezeki sepanjang hari serta
pelbagai kebaikan lain.
Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya untuk melakukan
amalan solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah
RA:
Sholat_Sunat_Dhuha
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara
jaminan (yang ada pada) solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya,
sekalipun seumpama buih di lautan”
Rasullullah SAW juga
bersabda;
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas
mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.” – HR Al-Hakim
dan At-Tabrani
Solat Dhuha iaitu solat sunat yang dilakukan pada waktu
Dhuha, iaitu pada ketika matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang
galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari -waktu syuruk) sehingga
matahari berada tepat di tengah-tengah langit iaitu sebelum menjelang waktu
Zuhur.
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau boleh
diulang sehingga enam 6 kali solat atau 12 rakaat. Ada yang berpendapat paling
banyak yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat.
Lafaz Niat Solat Dhuha;
Bacaan Solat Sunat Dhuha
Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun
begitu lebih afdhal untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada
rakaat kedua surah ad-Dhuha.
Doa Solat Dhuha;
“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka,
wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal
ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana
fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman
fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa
jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”
Maksud Doa Solat Dhuha
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha
(milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala)
KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan
(milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu
adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau)
mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah,
dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran
cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah
Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Jom kita sama-sama jadikan solat Dhuha sebagai kelaziman
harian kita, semoga dipermudahkan.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat
kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua
raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Sumber: mywaktu solat
loading...
0 Response to "PaNDuAn LeNGkaP SoLAt SunAT DhuHA"
Post a Comment