Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil
keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa
dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan “keindahan langit” (keindahan
syurga).
Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal
Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan
sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun.
Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang
berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang
sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.
Eduardo Vincenzo Maria Gomez Paderi Katolik Peluk Agama Islam |
Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas
dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan
membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang
kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang
yang ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh
berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan Medical
Centre Jakarta Selatan.
“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya
lihat. Sepatutnya tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang
mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.
Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan
koma, serta menjadi seorang yang berbeza.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak
pernah membaca Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu,
satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat
kemunculan gerbang syurga yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya dan Tuhan
memberitahu saya namanya dan ia adalah Allah,” kata bekas paderi tersebut
kepada wartawan Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama,
mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada
mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.
“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu
berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan
Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.
Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah
mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha
keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk
kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang
telah dijual.
Keterangan:
Mengenai kenyataan, “Tuhan memberitahu saya namanya dan ia
adalah Allah.” – kemungkian kerana beliau masih terpengaruh dengan ‘Roh Qudus’
dalam fahaman Kristian –yang dimaksudkan sebenarnya adalah suara dan cahaya
malaikat yang membawa rahmat Allah سبحانه
وتعالى.
.
Firman Allah سبحانه
وتعالى:
قَدْ جَاءَكُم مِّنَ
اللَّـهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
﴿١٥﴾ يَهْدِي بِهِ اللَّـهُ
مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم
مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ
وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
﴿١٦
“Sesungguhnya telah datang kepadamu
cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki
orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah
mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang
dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al- Maaidah;
Ayat 15-16)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ
عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Credit: https://shafiqolbu.wordpress.com
BACA INI JUGA
- Jika Benar Cinta Islam, Tolong Sebarkan Artikel Ini Sebanyak Banyaknya!!! Allahu Akbar!! Anak Palestina Ini Sholat Di Depan Tentara Israel
- Pertanyaan “Anak Tuhan” Dijawab Dr Zakir Naik dengan Brilian, Pemuda Tampan Ini Masuk Islam
- Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
loading...
0 Response to "Paderi Katolik Terjaga Dari 17 Bulan Koma Peluk Agama Islam"
Post a Comment