Cari Falsafah Dan Tujuan Hidup
Saya jumpa tujuan hidup bukan dalam sehari dua, bahkan makan
masa bertahun. Bertahun-tahun saya hidup tanpa saya tahu tujuan hidup. Malah
saya baru sedar tujuan hidup masa saya belajar di universiti. Tu pun syukur
masuk U, kalau tak, entah ke laut agaknya.
Persoalannya, kenapa nak beriya-iya sangat untuk tahu tujuan
hidup? Apa yang bagus sangat kalau tahu tujuan hidup? Dapat duit ke? Harga
barang boleh turun ke? Minyak boleh turun ke? GST boleh hilang ke? (ayat orang
materialistik) Kalau kita terus hidup je tanpa tahu tujuan hidup tak boleh ke?
Mudahnya begini, kau tahu kipas angin atas meja yang ada
jenama Khind, dan sebagainya tuh kan? Ok, kita tahu apa tujuan kipas angin tu
direka oleh manusia kan? Macam mana kita tahu? Kita tahu sebab kita baca manual
pada kipas angin tu, lalu kita gunakan kipas angin tu macam biasa.
Tetapi cuba kau bayangkan, kipas angin tu kau guna sebagai
pengadun tepung dan telur yang nak buat kek tu. Boleh berfungsi tak? Ataupun
kau gunakan kipas angin tu untuk jadi enjin motorboat. Ha, atas bot tu kelam
kabut cari suis plug.
Agak-agak, apa berlaku pada kipas tu? Mestilah tak dapat
berfungsi lama, atau cepat rosak. Sebab apa? Sebab dia digunakan BUKAN sebagai
fungsi asal dia. Sepatutnya fungsi kipas direka adalah untuk sejukkan badan,
bukan adun kek atau jadi enjin motorboat. So, untuk memastikan kipas tu boleh
bertahan lama dan berfungsi dengan baik, kau mesti guna kipas tu sama macam
fungsi dia dibuat.
Korang nampak tak apa saya nak cakap? Berhuhu la aku sampai
esok.
Ok la, saya bagi contoh realiti semasa. Saya tak tahu sama
ada kau yang baca ini adalah pelajar sekolah, mahasiswa/i, atau orang dah
bekerja. Tapi cuba kau bayangkan, kau sekolah seawal sekolah rendah selama 6
tahun. Kemudian sambung sekolah menengah selama 5 tahun. Lepas tu ada rezeki
sambung Matrikulasi atau STAM selama 1 tahun, atau sambung STPM selama 2 tahun,
ataupun sambung diploma selama 3 tahun.
Kemudian ada rezeki lagi, kau berjaya masuk universiti,
kalau nak sambung degree. Belajar di universiti, at least 3 atau 4 tahun
biasanya kecuali medik. Ok la kita ambil angka 4 tahun. Lepas habis universiti,
kau pun dapat kerja. Itupun nasib kalau kau tak “tanam anggur” bertahun-tahun
tunggu kerja turun dari “syurga”.
Lalu kau pun bekerja
dengan gaji yang ikut suka hati nak letak berapa. Dah 2,3 tahun kerja, kau pun
berkahwin, lalu dapat anak. Kau teruskan bekerja untuk bayar rumah, kereta, api
air dan sebagainya. Itu belum lagi nak bayar tanggungan anak lagi. Pejam celik
pejam celik, dah umur 55 tahun. Masa untuk pencen.
Bila dah pencen, kau pun tunggulah anak-anak berbakti pada
kau, bagi duit bulan-bulan berserta dapat duit pencen, kalau ada la. Dan itu
pun kalau dapat anak yang jenis kenang jasa. Kalau dapat anak yang macam
hampagas, memang tak ke mana lah jawabnya. Moga dijauhkan. Moga Allah kurniakan
kita anak-anak yang soleh dan solehah.
Ha, tak habis lagi cerita ni. Setelah bertahun-tahun mereput
di rumah tanpa berkerja, kau pun dah umur 65. Kalau kau jenis malas membaca dan
berfikir, maka cepatlah nyanyuk. Kalau rajin berfikir sikit, mungkin lambat
sikit nyanyuk, atau tak nyanyuk. Lalu tinggal beberapa tahun lagi, kau pun
akhirnya mereput jadi mayat, lalu diusung ke tanah perkuburan untuk
dikebumikan.
Maka tamatlah riwayat hidup kau di dunia dan bersedialah
masuk ke salah satu taman-taman Syurga atau salah satu dari lembah-lembah di
Neraka semasa di kubur. Kemudian anak-anak serta generasi kau pun buat kitaran
yang sama seumur hidup mereka, sampailah mereput jadi mayat dan masuk kubur.
Persoalannya, adakah Allah cipta kita hanya untuk itu? Hanya
untuk itu saja? Itu saja? Saya tertarik dengan kata-kata Hamka antaranya,
“Kalau hidup untuk kerja dan makan, maka kera di hutan pun
kerja dan makan juga.”
Jadi apa bezanya kita dengan kera, babun, lintah, orang
utan, nyamuk Aedes, ikan majlis perbandaran dan sebagainya?
Bukan ke Allah dah
beritahu dalam surah at Tin, kita ni adalah sebaik-baik ciptaan?
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya.”
(Surah At Tin 95:4)
Kalau kau masih tak faham apa saya tulis panjang-panjang ni,
silalah terjun tingkap. Hehe. Takdelah, silalah baca sekali lagi sampai faham.
Kalau kau dah boleh bayangkan, faham dan berfikir apa yang saya nak sampaikan
ni, sepatutnya kau dah mula berfikir,
“A’ah la. Aku hidup ni untuk apa? Kenapa Allah hidupkan aku?”
Kalau kau masih tak mampu berfikir macam ni, maksudnya
punchline saya tak sampai. Perghh, hambar. Kau kena ingat yang Allah ciptakan
kita ni bukan untuk main-main atau suka-suki je. Serius. Barbie Doll yang ada
di supermarket tu pun, direka bukan suka-suka, melainkan untuk bisnes dan
perkara lain.
Itu Barbie Doll, ni apatah lagi kita manusia yang cukup
sifat, ada akal dan nafsu, boleh berfikir, boleh belajar, kerja dan sebagainya.
Walaupun kita bukan malaikat, tetapi Allah ciptakan kita bukan suka-suka je.
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain-main? Dan kamu
(menyangka pula) kepada Kami tidak akan dikembalikan?”
(Surah Al-Mu’minun
23:115)
“Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.”
(Surah Al-Anbiya’
21:19)
Jadi kalaulah Allah ciptakan hatta langit dan bumi bukan
secara main-main, apatah pula kita manusia yang ada akal dan hati. Mesti ada
sebab lagi serius kenapa Allah ciptakan kau. Kau hidup bukan untuk makan,
minum, pergi tandas, potong kuku, belajar, kerja, kahwin, dapat anak, pencen,
lepas tu mati. Tapir kat Zoo Taiping pun boleh buat. Jadi kau hidup untuk apa?
Kalau nak tahu tujuan hidup kita, kita kena tengok dulu
FALSAFAH kenapa Allah ciptakan manusia. Persoalannya, apa falsafahnya? Aduh,
dah macam masuk kelas sastera la pula. Jangan pening, saya buat ia ringkas dan
mudah faham. Supaya saya dan kau tak pening, dan akhirnya kita bergembira
sambil makan pop corn.
Falsafah Allah ciptakan manusia hanyalah satu saja, iaitu
penyerahan, penyembahan dan ketaatan secara TOTAL kepada Allah. Maksudnya,
Allah nak kita menyembahnya secara total tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu
perkara. Dan Allah nak kita TAAT kepada Allah secara total tanpa melanggar
perintahNya.
Apa tujuan ganjaran disebalik kita sembah dan taat secara
total kepada Allah? Ganjarannya adalah REDHA ALLAH kepada manusia dan SYURGA.
Ini adalah ganjaran maha besar kepada sesiapa yang melakukan ketaatan secara
total kepada Allah. Tetapi, apa yang kita kena buat untuk dapat redha Allah dan
Syurga ini?
Haa, macam mana nak buat adalah, kau kena ikut manual yang
Allah dah turunkan kepada seluruh manusia, iaitu al Quran. Allah sebut dalam Al
Quran,
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah
kepada Ku.”
(Surah Adz-Dzariyat
51:56)
Dalam al Quran, manual rujukan hidup yang sepatutnya kita
baca hari-hari, Allah dah beritahu yang Allah ciptakan kita untuk beribadah
atau mengabdikan diri kepada Allah. Kena taat perintah Allah, jauhi larangan
Allah. Ibadah ini bukan hanya solat semata-mata, bahkan makan, minum, tidur,
kerja, study fizik kimia bio syariah ekonomi sastera semua itu boleh jadi satu
ibadah. Jangan sempitkan perkataan “ibadah” hanya solat, puasa, zakat dan haji
saja.
Islam ni adalah cara hidup kita, maksudnya setiap perkara
yang kita buat kerana Allah, jadilah ia ibadah hatta masuk dalam jamban dan
minum air mineral sekalipun. Sebab tu masuk jamban kena baca doa.
Tetapi, ibadah saja tak cukup. Kalau hidup untuk ibadah
saja, Jin pun diciptakan untuk beribadah juga. Kalau macam tu, apa beza kita
dengan Jin ifrit, Jin mata toncet, Jin yang jual seluar dan sebagainya. Jin ini
makhluk ghaib yang Allah dah ceritakan secara detail dalam surah Al Jin. Kau
buka dan baca terjemahan. Kalau rajin, baca tafsirnya sekali. Jadi apa beza
kita dengan Jin? Bezanya adalah pada satu ayat di surah al Baqarah,
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan untuk bumi itu khalifah..”
(Surah Al-Baqarah
2:30)
Pemimpin atau khalifah ini bukan semata-mata ada jawatan di
sekolah, universiti, tempat kerja ataupun negara sekalipun, malah pemimpin
paling biasa adalah kita pimpin diri sendiri, iaitu pimpin nafsu kita supaya
taat kepada Allah dan jauhi larangan Allah. Pemimpin tak semestinya berjawatan.
Pemimpin yang paling besar adalah kita tadbir dunia ni dengan Islam, seperti
kata imam almawardi yang sangat mahsyur:
حراسة الدين وسياسة الدنيا
به
"Mendirikan
agama (Islam) dengan kukuh, dan mentadbir dunia dengan petunjuk agama
(Islam)"
Ok jelas? Jadi inilah tujuan hidup kita bagi mencapai
falsafah awal tadi, iaitu penyerahan, penyembahan dan ketaatan secara total
kepada Allah.
jangan bingung-bingung lagi ya |
Credit: Shukery Azizan
Baca juga
- Rasa Bosan Dengan Kerja? inilah 5 Cara Berkesan Mengatasi Rasa Bosan Bekerja Yang Boleh Anda Amalkan
- 5 Cara Agar Lebih Kuat Untuk Berubah. Sebahagiannya Juga Diamalkan Para Artis Yang Telah Berhijrah. ALHMDULILLAH..
loading...
0 Response to "Mesti Ada Di Kalangan Kita Yang Masih Garu Kepala Jika Ditanya Tentang Matlamat Hidup. Soalan CEPU EMASS!! Sentap! nak jawab pun blurr..hmm.. Rugi Bro Jika Tiada Matlamat Hidup Yang Jelas. SIA-SIA HIDUP. Cuba baca ini.."
Post a Comment