JOHOR BAHRU – Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi,
Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam
2.05 petang tadi.
Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat
Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya
itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.
Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani
pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa
kesan akibat dipukul pembantu warden.
Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan
melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman
sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.
Dia mengalami
kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu
bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di
tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah
pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad
Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini. Al-Fatihah Semoga Adik
Thaqif ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…
Sumber: Awani
- Qari meninggal dunia ketika baca ayat kedua surah Al-Mulk Menjadi Tular di Laman Sosial. Beliau Meninggal Pada 27 Rejab 2017(Isnin) bersamaan Dengan peristiwa Israk Mikraj.
- Dakwaan Pelajar Madrasah Disebat oleh Warden Yang Dipercayai Mengakibatkan Kedua-dua Kakinya Dipotong dan disahkan koma Hari ini Menjadi Tular Di Media Sosial
- Ingin Masuk Syurga TANPA HISAB? Inilah 3 AMALAN Orang yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
loading...
0 Response to "Pelajar Tahfiz Adik Mohamad Thaqif Meninggal Dunia"
Post a Comment