Perasaan bosan boleh melanda dan memang biasa timbul apabila
kerja datang menimbun. Jangan terburu-buru mengambil keputusan untuk meletak
jawatan dan mencari kerja baru. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mengalami
masalah kerja biasa atau mengalami kebuntuan. Sebaik-baiknya, kenal pasti
masalah anda dan cari penyelesaiannya.
Kemungkinan masalah timbul kerana anda terikat dengan rutin
dan mengalami tekanan. Ini bukan masalah yang serius kan? Jika anda berpindah
hanya merasa bosan, rasanya tindakan anda kurang bijak dan bertanggung jawab.
Ada kemungkinan anda akan merasa bosan dalam perkerjaan baru anda, kemudian
anda berpindah lagi. Ini bukanlah sifat pekerja yang mahu anda beri rujukan
(recommendation) kan?
Berikut adalah beberapa tips dalam mengatasi kebosanan dalam
kerja apabila menghadapi rutin dan tekanan kerja, untuk rujukan anda:
1.Ambil cuti dan melanconglah ke lokasi impian anda.
Lakukan aktiviti yang mencabar dan merangsang adrenalin;
atau tempat pelancongan yang tenang dan aman. Yang penting, kedua-dua bentuk
percutian ini dapat memulihkan tenaga anda.
2.Cadangkan untuk pindah jabatan atau unit.
Bagi tips ini, anda seharusnya telah mempertimbangkan
kesesuaian jabatan yang baru dengan kemampuan dan minat anda. Anda juga boleh
meyakinkan ketua jabatan dengan menunjukkan sebuah pelan kerja yang boleh anda
laksanakan di pejabat baru.
3.Cadangkan untuk pindah ke cawangan pejabat lain.
Berpindah ke cawangan pejabat lain bermaksud anda masih
berpindah dalam syarikat tetapi mendapat suasana baru. Perasaan yang anda dapat
serupa juga dengan perasaan bila anda meletak jawatan dan bertukar majikan.
4.Ubah susunan dalaman pejabat atau meja anda.
Bagi anda yang hanya punya meja, anda boleh menukar suasana
kerja dengan mengubah hiasan di atas meja. Cuba berikan sentuhan peribadi yang
istimewa pada meja anda dan jadikan ini sebagai sudut ketenangan bagi meja atau
ruangan kerja anda.
5.Berhenti mengeluh kerana ini hanya akan membuang masa
anda.
Cuba lakukan projek yang dapat merangsang minda dan jadikan
ini suatu cabaran. Jika projek anda berjaya, anda turut berjaya mengatasi kebosanan.
crdit: usahawan.com
anda mungkin meminati
- Tips Bijak Menguruskan Gaji Bulanan yang Terhad agar hujung bulan tidak 'Pokai'
- Hanya Menggunakan KULIT TELUR, Tikus, Siput serta Semut Dah TIDAK DAPAT Masuk Rumah!! Semoga Bermanfaat.
loading...
0 Response to "Rasa Bosan Dengan Kerja? inilah 5 Cara Berkesan Mengatasi Rasa Bosan Bekerja Yang Boleh Anda Amalkan"
Post a Comment