Kecerdikan Dan Kepandaian Orang Jepun Memang Tidak Dapat Dipertikaikan Lagi. Jangan Lepaskan Peluang Untuk Amalkan 6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai
SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI
BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang
terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia
ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan
otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih
efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap
untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah
tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak
ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke
kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk
dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak
kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan
dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak
hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan
sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak
kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak
kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan
seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka
sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya
supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda
khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar
ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua
huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak
dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka
cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3
atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba
ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting
kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi
untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis
gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh
anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun
dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan
Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu
penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu
menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh
simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking
mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan
kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu
merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam
kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk
permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak
terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka
boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada
benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak
sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh
dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh
menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai
masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan
kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan
anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara
waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka
menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka
ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan
maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising
” .
Sumber : dunkijang.blogspot.my
loading...
0 Response to "Kecerdikan Dan Kepandaian Orang Jepun Memang Tidak Dapat Dipertikaikan Lagi. Jangan Lepaskan Peluang Untuk Amalkan 6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai"
Post a Comment