AmAlan 5 DoA MusTaJaB NabI ZakaRiah Untuk AnAk YaNG MenYenaNgKan HatI, TiDak MelaWan CaKap, BiJaK, SoLeH, RajIN Dan PenYabaR
Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan
anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan.
Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan
anak-anak adalah keberkatan.
Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa
ibu bapa.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka
menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya
diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang
hayat.
Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak
1. Doa Nabi Zakaria Untuk Zuriat Yang Baik
Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya
untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan
anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan
sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung
dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia,
iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat
sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan
akhlak anak kita.
(Surah Al Imran Ayat 138)
Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu
zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)
doa permohonan”.
2. Doa Untuk Anak
Agar Diberi Rahmat
Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan
senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan
kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas
tetapi amat mendalam jika direnungkan.
(Al-Ahqaaf Ayat 15)
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk
patuh kepadamu).
3. Doa Untuk Anak Agar Dilembutkan Hatinya
Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang
terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah
melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak
yang agak degil dan keras kepala.
Surah As-Syuura Ayat 19
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta
melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
4. Doa Untuk Anak Supaya Kuat & Sabar
Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada
setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.
Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran
dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan
akhirat.
Surah Al Imraan Ayat 200
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan).
5. Doa Untuk Anak Agar Rajin Solat
Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5
waktu jika tidak didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam
mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
Surah Ibrahim Ayat 40
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku.
loading...
0 Response to "AmAlan 5 DoA MusTaJaB NabI ZakaRiah Untuk AnAk YaNG MenYenaNgKan HatI, TiDak MelaWan CaKap, BiJaK, SoLeH, RajIN Dan PenYabaR"
Post a Comment