Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Junub Saya? Mari Kita Lihat Apa Kata MUFTI
Dalam al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Allah SWT suka kepada
orang yang bersih daripada hadas dan kekotoran, sama ada kekotoran zahir atau
batin.”
Mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa
sahaja. Manakala pada syara’ pula ialah mengalirkan air ke atas badan dengan
niat yang tertentu. Mandi telah disyariatkan oleh Allah SWT sama ada untuk
kebersihan ataupun untuk mengangkat hadas dan sama ada ia menjadi syarat sah
ibadat ataupun tidak. Firman Allah SWT:
وَيَسْـَٔلُونَكَ
عَنِ ٱلْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ
أَذًى فَٱعْتَزِلُوا۟ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلْمَحِيضِ ۖ
وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ
فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ
ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ
يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid.
Katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu
menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh. Dan janganlah kamu mendekati
mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka
itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
Berkenaan dengan mandi secara telanjang, terdapat dalil yang
menunjukkan keharusannya. Antaranya hadis Abu Hurairah RA bahawa Nabi Musa AS
mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh daripada orang ramai.
Sabda Nabi SAW:
كَانَتْ
بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ
مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى
أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلاَّ أَنَّهُ
آدَرُ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ
ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ
الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ
يَقُولُ ثَوْبِي يَا حَجَرُ.
حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى
مُوسَى، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ
بَأْسٍ. وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا
Maksudnya: “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka
saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri.
Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa
mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika
Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu
itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya
berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat
Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit
apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan
satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa
pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”Riwayat al-Bukhari (no:
274)
Begitu juga terdapat hadis sahih menceritakan bahawa Nabi
Ayub AS mandi tanpa seurat benang. Sabda Nabi SAW:
بَيْنَا
أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ
مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ
يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ
رَبُّهُ يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ
أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى قَالَ
بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لاَ غِنَى بِي
عَنْ بَرَكَتِكَ
Maksudnya : Sewaktu Nabi Ayyub AS mandi dalam keadaan
bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun
segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya,
“Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi
barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyab, “Benar wahai Tuhanku,
tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.” Riwayat al-Bukhari (279)
Bahkan Imam al-Bukhari sendiri dalam Sahihnya meletakkan bab
Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang
menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata: Imam
al-Bukhari menggunakan hadis tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Ayyub ini sebagai
hujah bahawa dibolehkan bertelanjang ketika mandi. Ha ini kerana, menurut Ibn
Battal bahawa Nabi Musa dan Nabi Ayyub adalah Nabi yang kita diperintahkan
untuk mengikuti mereka. Tetapi kaedah pendalilan dari hadith ini tepat jika
kita berpegang kepada prinsip kaedah dalil syarak para Nabi terdahulu sebelum
syariat kepada Nabi Muhammad dan berpegang ia adalah syarak bagi kita juga.
Kemudian, Ibn Hajar berkata bentuk pendalilan yang lebih jelas ialah dengan
mengatakan Nabi SAW menceritakan kisah dua Nabi ini, tanpa memberi sebarang
komentar dari sudut mereka mandi telanjang. Ini bermakna syarak mereka dalam
hal ini bersamaan dengan syarak kita.
Kesimpulannya, hukum mandi telanjang adalah makruh dan
sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram. Al-Hafiz berkata: “Yang
masyhur adalah makruh jika bersendirian.”
Justeru, sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah
tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain. Begitu juga
sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib
diri sendiri di hadapan orang lain.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda:
الحَيَاءُ
مِن الإِيمَان
Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.” Riwayat
al-Bukhari (no: 24)
sumber: islam itu indah
loading...
0 Response to "Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Junub Saya? Mari Kita Lihat Apa Kata MUFTI"
Post a Comment