Satu video hiba merakamkan betapa kasihnya seekor anak
kucing kepada ibunya biarpun ibunya itu sudah mati.
Dalam video yang dikongsi oleh laman Facebook SBS TV itu,
kucing berkenaan dilihat berada di dalam satu sudut bangunan, menemani bangkai
ibunya.
Seorang lelaki dikawasan kejiranan itu berkata dia selalu
melihat anak kucing tersebut bersama ibunya di kawasan sekitar sebelum ini.
"Anak kucing itu bersama ibunya sebelum ini. Tapi sejak
beberapa hari kebelakangan ini, mereka tidak muncul. Jadi kami sedikit risau."
kata lelaki tersebut.
Menerusi video yang dirakam, dilihat anak kucing terbabit
asyik menjilat bangkai ibunya.
Di sebelah malam, barulah anak kucing itu akan keluar untuk
meminum air dan meratah ranting kerana lapar.
Rakaman itu juga menunjukkan anak kucing tersebut menjumpai
secebis daging di tong sampah berdekatan. Tapi ia tidak memakannya. Sebaliknya
ia membawa daging itu pulang untuk diberi kepada bangkai ibunya. Mungkin kerana
risau ibunya itu 'lapar'.
Seorang veterinar berkata, anak kucing itu tidak tahu
mengenai kematian dan mahu terus bersama ibunya.
"Kerana bangkai itu sudah rosak, ia mungkin akan
dijangkiti jika berterusan begitu.
Dalam satu operasi menyelamat yang dilakukan oleh orang
ramai, anak kucing itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh mereka
yang menunggu di luar.
Anak kucing itu kemudian diberi rawatan.
Hasil imbasan mendapati batu kecil memenuhi perut anak
kucing terbabit yang dipercayai dimakan ketika ia kelaparan.
Ketika diberi peluang untuk bersama bangkai ibunya buat kali
terakhir, anak kucing itu duduk berdekatan dan enggan melepaskan ibunya pergi.
Bagaimanapun ia ditarik pergi oleh seorang doktor yang merawatnya.
Tonton video sedih itu dibawah:
BACA INI JUGA
- Kisah Kucing dalam Dunia Islam
- Hilangkan Coklat Dibeli, Anak Dihempuk Ibu
- Tukang Gali Kubur Ini Pengsan Saat Mayat yang Akan Dikuburnya Bertanya
- Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
loading...
0 Response to "Anak Kucing Enggan Tinggalkan Ibunya Yang Telah Mati"
Post a Comment