'Kulit aku gelap, nampak tua dan berbelang! Stressnya!' Ini
antara masalah yang selalu dihadapi oleh wanita bertudung. Kadang-kala wajah
mereka nampak lebih tua dari usia.
Kulit gelap mampu diatasi, tetapi bagaimana pula dengan
penuaan dan garis halus? Ramai wanita yang tidak sedar bahawa seawal usia 25
tahun akan terjadinya penuaan.
Ada beberapa perkara penting tentang penjagaan kulit yang
selalu diabaikan oleh wanita bertudung. Sebelum masalah kulit jadi lebih teruk,
ketahui perkara tersebut dan cuba elakkan!
1. Kurang minum air
Air sangat penting kalau nak kulit yang cantik. Cuba
bandingkan kulit anda dengan mereka yang minum banyak air kosong. Amalkan 8
gelas sehari untuk dapatkan kulit cantik macam Uqasha Senrose!
2. Cara pemakanan tidak sihat
Percaya tak, kulit anda menunjukkan cara pemakanan anda. Nak
kulit yang cantik, amalkan pemakanan yang sihat seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Tidur tanpa bersihkan wajah
Wanita bertudung mudah berpeluh. Kadang-kadang kita rasa
letih sangat, sampai terus tidur tanpa bersihkan wajah. JANGAN biarkan wajah
dengan mekap, bakteria akan membiak dan akhirnya timbul jerawat.
4. Kerap pakai tudung yang sama
Masalah wanita bertudung, kalau dah suka satu tudung, tudung
tu je la diaorang akan pakai. Tapi, kalau dah pakai berulang–ulang dan tak
basuh, mesti peluh banyak melekat dan beri masalah pada kulit.
5. Terdedah lama di bawah cahaya matahari
Bagi wanita bertudung, terdedah di bawah cahaya matahari
tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana dengan wajah anda? Jika terlalu lama
terdedah, kulit akan jadi gelap dan berbelang. Buruknya!
6. Tidak memakai perlindungan SPF
Ini perkara yang wanita sering abaikan. Bagi wanita
bertudung, wajah merupakan subjek utama. Kalau kulit tidak cantik, habislah!
SPF juga sangat penting untuk elakkan penuaan dan kedutan.
7. Pengambilan gula berlebihan
Gula memang tidak baik untuk kesihatan dan juga kulit. Ambil
terlalu banyak gula akan menyebabkan glikasi, dimana ia mampu mempengaruhi
sel-sel kulit dan terjadinya penuaan.
credit: hanasuva
BACA INI JUGA
- RAMBUT YANG GUGUR SEMASA HAID PERLUKAH DIKUTIB DAN MANDI WAJIB SEKALI DENGAN RAMBUT YANG GUGUR? INI JAWAPAN PARA ULAMA
- Orang Perempuan ni Bukan Cerewet Tapi Teliti.. Ceramah Ustaz SSamsul Debat.. Haha kelakar. Senyum-senyum tengok
- Doa Melembutkan Hati Orang Yang Membenci KitaDoa Melembutkan Hati Orang Yang Membenci Kita
loading...
0 Response to "7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!!"
Post a Comment