JAKARTA : Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh tahun
oleh Mahkamah Indonesia hari ini selepas didapati bersalah melakukan penderaan
seksual ke atas kanak-kanak lelaki di sebuah sekolah antarabangsa paling
berprestij di Jakarta.
Hakim Mohamad Yunus memberitahu mahkamah daerah Jakarta
Selatan bahawa Afrischa Setyani, pekerja wanita tunggal dari lima defendan,
didapati bersalah membantu melakukan keganasan dan penderaan seksual terhadap
kanak-kanak itu.
"Kami menjatuhi hukuman tujuh tahun penjara ke atasnya
dan denda sebanyak 100 juta rupiah (RM27,946)," katanya. Hukuman yang
dikenakan ke atasnya lebih rendah berbanding disyorkan pendakwa raya iaitu 10
tahun.
Hakim juga dijangka membuat keputusan pada Isnin depan ke atas empat
lagi pekerja pembersihan lelaki - Agun Iskandar, Virgiawan Amin, Zainal Abidin,
dan Syahrial.
Perbicaraan ke atas lima tertuduh itu bermula sejak Ogos, berikutan dakwaan pada April bahawa kesemua tukang cuci itu merogol kanak-kanak
tadika berusia enam tahun di Sekolah Antarabangsa Jakarta itu. Beberapa
tertuduh mendakwa mereka dipukul oleh polis.
Keluarga kanak-kanak tertuduh
mengemukakan tuntutan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$125 juta.
Setyani menangis selepas keputusan itu dibacakan tetapi enggan bercakap kepada
pemberita.
anggota polis mengiringi afrischa setyani, didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak lelaki sebuah sekolah antarabangsa paling berprestij ji Jakarta- Foto AP |
Bagaimanapun, peguam belanya, Isdarwati Aprihadi menyatakan bahawa
anak guamnya itu tidak pernah mengaku bersalah dan berkata beliau akan membuat
rayuan. - AFP
Sumber: BERITA HARIAN
anda mungkin meminati
loading...
0 Response to "Tukang cuci dihukum penjara atas tuduhan penderaan seksual di sekolah"
Post a Comment