Ais Artik yang sedang mencair kini memberi ancaman kepada
kawasan serantau dan dunia. - Reuters
|
OSLO: Isu pemanasan global di Artik semakin membimbangkan apabila lapisan ais permukaan, permafrost, yang sepatutnya terus membeku sepanjang tahun mula menunjukkan kesan pencairan di bawah struktur bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, sekali gus menaikkan paras laut di seluruh dunia dan mengganggu corak suhu.
Reuters melaporkan, situasi itu adalah hasil daripada kajian
antarabangsa pada Selasa.
Kajian itu menganggarkan
peralihan suhu yang menjadi lebih panas dan basah telah menggalakkan
pencairan ais di rantau tersebut, dan mungkin akan mengakibatkan kos
berjuta-juta dolar kepada ekonomi dunia untuk abad ini.
Laporan yang dibuat oleh 90 orang ahli sains itu, termasuk
pakar dari Amerika Syarikat (AS), menggesa kerajaan yang mempunyai minat dan
kepentingan di kawasan Artik, untuk mengurangkan kesan pelepasan gas rumah
hijau.
Presiden AS Donald Trump bagaimanapun mempunyai keraguan
bahawa aktiviti manusia, terutamanya penggunaan bahan api fosil, adalah pemacu
utama perubahan iklim.
Kesan pelepasan gas rumah hijau dan isu pemanasan global adalah sesuatu yang membimbangkan. - Reuters |
“Pemanasan Artik adalah lebih pantas daripada mana-mana kawasan lain di bumi, dan lebih cepat menjadi persekitaran yang lebih panas, lembap dan berubah-ubah," kata kajian itu, yang mengumpulkan penemuan saintifik dari tahun 2011.
"Peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau daripada
aktiviti manusia adalah punca utama," kata kajian yang dijalankan oleh
Majlis Artik, yang terdiri daripada kumpulan dari AS, Rusia, Kanada, Sweden,
Denmark, Norway, Finland dan Iceland.
Pemanasan Artik boleh menyebabkan kos antara AS$7 trilion
dan AS$90 trilion dari tahun 2010 hingga tahun 2100, kata kajian itu.
Kajian itu menambah bahawa tahun 2011 hingga 2015 adalah
tahun yang terpanas yang pernah direkodkan sejak 1900.
Ais di lautan Artik, yang susut kepada rekod yang terendah
pada tahun 2012, boleh hilang semasa musim panas tahun 2030, lebih awal
daripada apa yang dijangka sebelum ini.
Sumber: berita awani
baca juga
- Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
- Kita Kini Di Ambang Kehancuran. Persiapkan Diri Dengan Amalan-Amalan Menghadapi Fitnah Akhir Zaman!! Fitnah Dajjal!! Nauzubillah
- 5 Bahagia Zaman Umat Nabi Muhammad mengikut Kerangka Masa
loading...
0 Response to "Ais Semakin Pantas Mencair, Bakal Cetus Kerugian, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia sekali gus mengganggu corak suhu"
Post a Comment