Photo dari Heri Yansah |
Eloklah kita renung akan apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w berkaitan dengan beberapa era dan peringkat zaman - zaman yang akan ditempuhi oleh umat manusia. Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, sehinggalah ke era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai era akhir zaman, era peralihan yang dipimpin oleh prmimpin Islam bertaraf khalifah.
Fasa pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.
Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah s.a.w
terkenal dengan " Zaman Ummah Pertama". Islam berkembang hingga tiga
suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan
Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah
kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah
zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.
Fasa Kedua : Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi empat
orang, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab,
Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung
selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus
tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah s.a.w dan
kedua - dua gergasi itu dapat ditawan.
Sebelum itu Nabi s.a.w. telah memberi isyarat dalam sabdanya
bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w.
bermaksud ; " Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu."
(Riwayat Imam Ahmad).
Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi
khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar
Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira - kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur
dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi menjamin umat
Islam baik ialah dalam lingkungan kira - kira tahun dan dicampur semua menjadi
300 tahun.
Sepertimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w; " Sebaik - baik
kurun, ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah
itu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut perawi hadis ini, Rasulullah
s.a.w. menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu
bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun.
Itu sahaja kurun yang Rasulullah s.a.w. menjamin baik yang berjalan di atas
minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada
Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.
Fasa Ketiga : Zaman Fitnah @ Zaman Kerajaan Menggigit
Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja - raja Islam yang
menimbulkan fitnah, di mana memerintah secara menurut sistem turun temurun atau
monarki / warisan. Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi
kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar
yang bukan dari ajaran Islam tulen. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani
Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di
mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan
institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhir lah fasa ini. Lama masa era
kuasa pemerintahan ini selama kira - kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu?
Jawapannya YES.
Fasa Keempat : Zaman Diktator
Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun
1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi - ideologi manusia yang garis
panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia
bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain - lain lagi termasuk
nasionalis. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat
simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan
kekalahan bagi orang - orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul
kembali cara - cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman
Nabi s.a.w. dahulu.
Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan
dunia dikelolakan dengan nilai - nilai materialistik, liberisme dan sekularisme
dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya,
pendidikan, undang - undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman
yang Nabi s.a.w. paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah
yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.
Zaman inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia
akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah
sebelum ia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Hanya berzikir sahaja pada zaman ini
kita dapat melawan fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali yang pernah
digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum munculnya era minhajunnubuwwah,
terjadi peperangan akhir zaman, iaitu peperangan dunia ketiga yang kuasa Barat,
Timur Tengah termasuk Yahudi yang didominasi oleh Dajal, telah musnah dan kalah
teruk sekali di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf
khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa a.s.
Fasa Kelima : Zaman Kekhalifahan
Selepas berakhirnya zaman keempat, akhirnya muncul pula
zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan
kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana
zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama,
dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi. Jadi sesuai dengan
proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa
" Dan tidak sekali - kali kamu dapati sunnatullah itu berubah".
(Surah al-Ahzab ayat 62) dan "Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu
sentiasa berputar" (Hadis riwayat Abu Na'im dari Muaz bin Jabbal).
Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun
akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis
( Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan
Yahudi akan terhapus terus bersama - sama kematian Dajal laknatullah. Pemimpin
Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Di samping itu, kita
meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali
berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.
Dari Said dan Jabir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya ;
" Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi -
bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya
(makmur)." (Riwayat Muslim).
kredit: lokmanamirul.com
Boleh Lihat Tayangan Video Dunia Akhir Zaman Full Lihat Video Untuk Penjelasan Terperinci..MasyaAllah..Mengeremang bulu roma tgok video ni. Meleleh air mata..huhu.Semoga Allah Menyelamatkan Kita Semua Dari Fitnah Akhir Zaman. Huhuhu
loading...
0 Response to "5 Bahagia Zaman Umat Nabi Muhammad mengikut Kerangka Masa"
Post a Comment