Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan
signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak
tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh
dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.
1 Sindrom Carpal Tunnel.
Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu jari,
jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada
aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan
tangan membengkak.
2 Keletihan
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam
keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di
tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.
3 Masalah Tulang Belakang
Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis dan jari
anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang dihubungkan dengan
tulang belakang.
4 Kurang Vitamin.
Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat dirasai
pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebelah kiri. Ini terjadi
apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan B12.
5 Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi pada perokok tegar. Aliran darah
yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya menyebabkan
kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada kari.
6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.
Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan tapak
tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat saraf.
Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas pada
bahagian ini.
7 Diabetes
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa
denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi
disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan, menyebabkan
kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun, segeralah berjumpa dengan pakar dan
doktor bagi mendapatkan rawatan segera.
Credit: http://www.penmerahpress.com/2017/04/7-petanda-penyakit-yang-boleh-kita-tahu.html
BACA INI JUGA
- Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara
- Manfaat Minuman Lemon Madu di Pagi Hari
- 10 PunCa PerUt KeMbUng DaN CaRa MenGaTaSi
- 8 Bahaya Tidur Sehabis Subuh Bagi Kesehatan
loading...
0 Response to "7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan.."
Post a Comment