10 PunCa PerUt KeMbUng DaN CaRa MenGaTaSi
Perut kembung merupakan fenomena biasa masa kini dan seakan
“epidemik”. Oleh sebab ramai yang mengamalkan diet tidak sihat, tahap tekanan
yang tinggi, keperluan ubatan harian dan pendedahan kepada pelbagai bahan
pencemar, maka tidak hairan mereka lebih banyak mengalami perut kembung dan ini
adalah salah satu daripada punca perut kembung.Perut kembung memang tidak
menyelesakan – lebih memalukan apabila ada angin dan terpaksa ke tandas .Hal
ini sebenarnya lebih daripada itu. Perut kembung kadangkala menandakan masalah
kesihatan serius yang tidak diketahui. Ini merupakan simptom kandida yang biasa
dan menyebabkan isu lain seperti gangguan pencernaan, reaksi autoimun, alergi
atau kanser.
Simptom dan Punca
Perut Kembung
Perut kembung terjadi apabila udara memenuhi ruang sistem
pencernaan yang menyebabkan perut buncit dan tidak selesa. Ada sesetengah orang
bergurau menyatakan mereka kelihatan “mengandung” apabila perut kembung dengan
teruk. Perut kembung berbeza daripada lemak yang terkumpul pada bahagian perut,
kerana kembung bersifat sementara dan biasanya terjadi apabila udara terkumpul
pada abdomen, menyebabkan perut buncit.
Dalam sesetengah kes, perut kembung tidak menimbulkan masalah.
Hal ini boleh diatasi dengan mengubah serba sedikit cara diet dan rutin harian.
Apabila terasa senak, berangin dan sakit pada bahagian abdomen, lihat sama ada
perut kembung berlaku dengan simptom-simptom lain di dalam badan. Apabila perut
anda kembung, cuba lihat simptom-simptom lain, seperti:
- Demam
- Ruam kulit dan gatal-gatal
- Mata berair, tekak gatal dan tanda reaksi alergi yang lain
- Sembelit atau cirit-birit
- Muntah atau mual
- Darah dalam urin atau najis
- Penurunan berat badan secara tiba-tiba
- Masalah untuk ke bilik air
- Sakit di sekitar nodus limfa, termasuk groin, tekak dan
ketiak
- Kelesuan
- Brain fog dan masalah penumpuan
- Buasir
Punca Perut Kembung
Anda pasti tertanya-tanya punca perut kembung. Terdapat
pelbagai punca perut kembung – alergi, ketidakseimbangan hormon,
ketidakfungsian tiroid, masalah perut dan lain-lain. Walaupun sukar
untukmengenalpasti punca sebenar, jika anda dapat mengumpul lebih banyak
maklumat berkenaan reaksi tubuh terhadap makanan berbeza, anda akan lebih faham
apa yang menyebabkan simptom perut kembung.
Perut kembung biasanya berkait dengan pencernaan. Terdapat
pelbagai faktor yang memberi kesan kepada kesihatan perut, seperti keupayaan
untuk memetabolismekan makanan dengan baik dan cara badan kita membuang bahan
kumuh secara semula jadi. Oleh sebab banyak faktor yang boleh menyumbang kepada
perut kembung, termasuk yang tidak berkaitan seperti tidur atau stress, maka
perut kembung boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.
Bertentangan dengan pandangan orang, perut kembung tidak sama
seperti banyak lemak atau “berat air”. Cecair tidak akan berkumpul dalam perut,
walaupun anda mempunyai perut kembung dan ada “water retention” (penahanan air)
pada bahagian lain tubuh (tumit, muka dan kaki) dan pada masa yang sama
mempunyai perut kembung jika anda ada symptom berkaitan.
Bagi kebanyakan orang, punca gas berlebihan dalam usus
disebabkan: pencernaan protein yang tidak mencukupi (menyebabkan penapaian
berlaku), tidak boleh memecahkan gula dan karbohidrat sepenuhnya (terdapat gula
kompleks tertentu yang memerlukan enzim untuk dicernakan sepenuhnya, tetapi ada
orang yang kekurangan enzim ini), dan bakteria usus yang tidak seimbang. Dalam
salur pencernaan, terdapat trillion bakteria sihat dan tidak sihat yang
bersaing, dan apabila “bakteria jahat” mengatasi bakteria baik, wujud ketidakseimbangan
yang menyebabkan perut kembung dan gas berlebihan. Kenalpasti jika anda
mempunyai masalah kesihatan yang mengakibatkan perut kembung.
10 Punca Perut Kembung
1. Gangguan Pencernaan
Kebanyakan orang mengalami pelbagai gangguan pencernaan seperti
IBS, kolitis berulser, dan penyakit seliak mempunyai perut kembung, berangin,
distensi dan simptom lain. Terdapat laporan menunjukkan bahawa perut kembung
dialami oleh 23 hingga 96peratus orang dengan IBS, 50 peratus dengan dyspepsia
dan 56 peratus dengan sembelit kronik.
2. Penahanan Air (Fluid retention) (Disebut Edema atau
Asites)
Kadangkala cecair badan boleh disimpan di sekitar tubuh
badan, termasuk berdekatan abdomen atau kawasan pelvis yang menyebabkan perut
kembung dan pertambahan berat badan sementara. Anda mungkin perasan baju dan
barang kemas agak ketat, bengkak, dan sakit sekitar sendi atau kulit. Ini boleh
berpunca daripada penyakit hati atau kanser. Lihat tanda-tanda lain seperti
kegagalan hati atau hepatitis, kekuningan kulit (jaundis), perubahan warna
putih pada mata dan kesakitan pada abdomen.
3. Dehidrasi
Anda sedar atau tidak apabila anda makan makanan masin atau
minum alkohol, anda akan mengalami dehidrasi dan perut kembung? Lebih banyak
anda minum air dan kekal hidrat, anda akan kurang mengalami perut kembung.
Dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit akan mengganggu pencernaan. Apabila
badan anda cuba pulih daripada dehidrasi, badan akan menahan air berlebihan
untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. Anda akan jadi sembelit. Ini
bermakna apabila anda mula minum lebih banyak cecair, anda akan berasa bengkak
badan.
4. Sembelit
Ini mungkin punca utama perut kembung. Anda perlu ke tandas!
Sembelit menyebabkan najis tinggal di dalam usus, dan anda berasa sakit perut,
tidak selesa dan berangin. Punca utama sembelit adalah kurang makan makanan
berserat, tidak minum air secukupnya, hidup sedentari/elak aktiviti fizikal dan
stress.
5. Alergi Makanan atau Sensitiviti
Alergi makanan, sensitiviti atau tidak toleran (seperti
tidak toleran laktosa) seringkali menjadi punca perut kembung dan berangin.
Makanan yang menyebabkan angin termasuk produk tenusu, makanan mengandungi
gluten (roti, pasta, bijirin, dsb) dan sesetengah karbohidrat yang dikenali
sebagai FODMAPs. Terdapat banyak lagi alergi makanan (seperti kerang, kekacang,
telur), tetapi anda pasti tahu apa yang tidak sesuai kerana anda akan mengalami
symptom tertentu. FODMAPs agak sukar dikenalpasti kerana setiap orang adalah
unik dan mempunyai toleransi tersendiri. Diet penyisihan (diet penyingkiran)
boleh membantu anda mengenalpasti makanan yang menyebabkan perut kembung (epal
atau avokado) kerana makanan ini tidak dihadamkan sepenuhnya.
6. SIBO
Small intestine bacterial overgrowth (SIBO) berpunca
daripada bakteria abnormal tahap tinggi yang tinggal dalam salur pencernaan,
biasanya di usus, bakteria ini boleh bertambah setelah mengambil antibiotic
atau keradangan dan pencernaan yang lemah. Biasanya, pelbagai jenis bakteria
berada dalam keseimbangan dalam usus besar, dan membantu penyerapan nutrien
penting, tetapi apabila bakteria merbahaya mengambil alih, kerosakan pada
lapisan perut akan berlaku dengan pelbagai simptom. Ada makanan yang boleh
menyebabkan simptom SIBO dan sensitiviti dalam salur pencernaan,termasuk
FODMAPs yang boleh ditapaikan secara tidak normal semasa pencernaan.
7. Jangkitan
Perut anda boleh kembung dan bengkak jika ada jangkitan
kerana keadaan ini meningkatkan tahap keradangan, disebabkan peningkatan
bilangan sel darah putih di kawasan pelvik, urinari dan organ gastrointestinal.
Cari tanda demam, kemerahan dan sakit, dan bengkak pada nodus limfa yang
biasanya terjadi dengan jangkitan serius.
8. Gangguan usus besar
Kadang kala perut kembung yang teruk – disertai sembelit,
mual dan muntah –disebabkan gangguan usus besar, akibat parut tisu atau tumor.
Apabila ini berlaku dan menekan usus besar, cecair dan najis akan disekat dan
dihalang oleh usus besar. Anda tahu ini masalah yang timbul kerana keadaannya
sangat sakit dan menghalang anda untuk ke tandas secara normal.
9. Perubahan hormon
PMS juga menjadi punca perut kembung dan isu pencernaan,
kerana menjadikan anda sembelit dan berlaku penahanan cecair. Ini perkara biasa
kecuali jika anda menyedari ada simptom serius seperti kitaran haid tidak
sekata, fibroid atau kejang teruk. Perut kembung sebelum dan semasa haid boleh
berbeza bergantung kepada kitaran anda, dan terdapat wanita yang mengalami
penahanan air yang teruk sehingga dua minggu. Mengapa wanita mengalami perut
kembung sebelum, semasa dan selepas kitaran haid?
Ketika hari-hari pertama kitaran, kadangkala disebut
peringkat folikular, tahap estrogen meningkat dan lapisan uterus menebal. Perut
kembung menjadi kuat ketika ovulasi dan lebih banyak cecair dan darah dibina.
Apabila wanita datang haid, cecair berlebihan, tisu dan darah akan dikeluarkan
dan perut kembung akan berkurangan.
10. Kanser
Ini bukan sebab mengapa kebanyakan orang mengalami perut
kembung, tetapi satu tanda kanser kolon atau uterus ialah perut kembung. Maka
adalah penting untuk berbincang dengan doktor jika anda telah menggunakan semua
cara untuk mengurangkan perut kembung tetapi tidak dapat mengenalpasti punca
sebenar simptom yang anda hadapi.
Makanan Terbaik dan Tidak Baik Untuk Perut Kembung
Diet harian memainkan peranan penting untuk mengawal jumlah
kandungan air dan najis yang terperangkap dalam salur pencernaan. Bagi
melancarkan semuanya, pastikan anda makan makanan tinggi serat, 25 – 30 gram
sehari atau lebih. Ini tidak menjadi masalah sekiranya anda mengambil makanan
penuh, termasuk sayuran, buah-buahan, kekacang/bijirin, dan beberapa jenis
bijian. Ini boleh membantu anda mengenalpasti simptom yang berlaku selepas
memakan makanan yang boleh menyebabkan perut kembung. Namun anda perlu ingat
bahawa perut kembung terjadi akibat gaya hidup anda, bukan sekadar makanan yang
anda makan.
Makanan terbaik untuk mengatasi masalah perut kembung
termasuk:
– Probiotik: “Bakteria baik” diberi nama probiotik bertindak
sebagai serangga perut dalam salur pencernaan, membunuh bakteria jahat yang
mengganggu isu dan reaksi pencernaan. Anda boleh mengambil makanan tambahan
probiotik, tetapi adalah lebih baik probiotik diperoleh daripada makanan
seperti kimchi, saurerkraut, yogurt, kefir dan kombucha.
– Tenusu mentah: Makan tenusu mentah lebih baik daripada
yang boleh didapati di pasaraya, kerana telah dipasteurkan/dihomogenkan. Proses
pembuatan telah membunuh enzim yang diperlukan untuk pencernaan yang baik.
Orang yang mempunyai masalah tidak toleran kepada laktosa juga boleh mengambil
tenusu mentah tanpa ada kesan sampingan. Ini juga membantu mengelakkan yogurt
berperisa yang mengandungi bahan-bahan tiruan, makan keju mentah berbanding
keju lembut, dan makan kefir/yogurt berbanding susu yang rendah laktosa.
– Sayuran dan buah-buahan yang banyak air: sayuran dan
buah-buahan yang mempunyai banyak air, elektrolit dan enzim berfaedah adalah
sesuai untuk mengatasi masalah perut kembung. Cuba makan lebih banyak sayuran
mentah, timun, saderi, jintan hitam, articok, tembikai, beri, sayur kukus dan
sayuran yang ditapai.
– Herba, rempah dan teh: Herba pencernaan semulajadi seperti
halia, dandelion, aloe vera dan jintan hitam telah digunakan beribu-ribu tahun
lamanya untuk melegakan perut yang tidak selesa.Banyak herba bertindak sebagai
diuretik dan membantu badan mengeluarkan cecair berlebihan, manakala yang lain
seperti halia, membantu perut mengeluarkan kandungannya dan merehatkan otot
dalam salur pencernaan, dan melegakan sembelit. Cuba makan pelbagai herba segar
seperti oregano, parsley, rosemary dan lain-lain, akar halia yang segar, jus
aloe vera, the herba atau gunakan minyak pati. Sup tulang dan teh hijau juga
bersifat anti-radang dan pilihan yang baik untuk kesihatan usus.
Sekarang mari kita lihat apa makanan yang boleh menyebabkan
perut anda menjadi kembung dengan lebih teruk. Setiap orang mempunyai reaksi
berbeza terhadap makanan, dan makanan dalam senarai ini mungkin menjadi salah
satu puncanya:
- Gula dan snek manis: gula mudah ditapaikan dalam usus, boleh
menyebabkan pertumbuhan candida dan keradangan
- Kebanyakan produk tenusu: termasuk yogurt berperisa dengan
gula dan bahan tiruan, dan lain-lain kerana pengeluar akan mengeluarkan enzim
penting dalam tenusu
- Bijirin bertapis dan produk bijirin: gluten sukar dihadam
oleh sesetengah orang, sama seperti jagung, oat, dan lain-lain bijirin
- Sayuran susah hadam seperti bawang putih, brokoli, kobis,
kobis bunga dan bawang yang mengandungi sulfur dan karbohidrat FODMAPs tertentu
- Kekacang yang boleh menyebabkan angin
- Air minuman bergas
- Gula-gula getah
- Buah-buahan yang boleh dijeruk seperti epal, pic, dan
avocado
- Perisa tiruan dan gula alkohol seperti aspartame, sorbitol,
mannitol dan xylitol
Tips dan Makanan Tambahan Lain yang Boleh Menghalang Perut
Kembung
1. Berbincang dengan doktor
Oleh sebab pelbagai gangguan, faktor dan penyakit boleh
menyebabkan perut kembung, adalah lebih baik untuk menjalani ujian yang
dicadangkan oleh doktor. Tiada ujian diagnostik khusus untuk mengesan punca
perut kembung, tetapi doktor mungkin boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan
menjalankan ujian seperti: analisis najis, ujian darah, ultrasound untuk
melihat sumbatan/halangan, ujian pengosongan gastrik, manometri esofagus, ujian
pernafasan, endoskopi atau kolonoskopi dengan biopsi.
2. Bersenam
Menjadi aktif membantu sistem pencernaan berfungsi secara
optimal kerana bersenam boleh menghalang sembelit, sistem peredaran sentiasa
berlaku dan memudahkan pengaliran cecair limfa ke seluruh badan, dan membantu
anda untuk detoks. Cuba bersenam 30 hingga 60 minit seminggu dan lakukan
aktiviti yang aktif. Elakkan minuman manis selepas bersenam!
Adakah senaman boleh menyebabkan perut kembung? Ini boleh
terjadi sekiranya anda bersenam secara berlebihan. Keadaan ini menyebabkan
badan menjadi tertekan, menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormone
kortisol. Pastikan rutin senaman menyokong kesihatan anda secara keseluruhan
dan menyihatkan anda, bukan mengganggu tahap cecair, lemah pencernaan dan
tekanan.
3. Minum air secukupnya
Bagi memastikan serat menjalankan tugasnya dengan baik,
minum air secukupnya untuk mengelakkan perut kembung. Tiada kuantiti air yang
khusus untuk anda, tetapi mulakan dengan enam hingga lapan gelas air sehari.
Adalah penting untuk sentiasa hidrat bagi mengelakkan perut kembung, tetapi
anda mesti pilih minuman yang sesuai. Minuman bergas yang mengandungi bahan
tiruan dan pemanis boleh menyebabkan perut kembung menjadi lebih teruk. Alkohol
dan minuman berkafein juga boleh menyebabkan perut kembung. Air masak, air yang
mengandungi potongan buah-buahan segar atau herba (lemon, limau gedang, basil,
dan lain-lain) dan teh herba adalah pilihan yang sesuai.
4. Kurangkan tekanan
Sedarkah anda apabila anda gementar, penat, sedih atau
terharu, sistem pencernaan anda akan terganggu? Ini disebabkan usus dan otak
anda berkomunikasi dengan rapat melalui saraf vagus, iaitu penghubung-usus-
otak. Pada lapisan gastrointestinal terdapat hubungan tisu yang berkomunikasi
melalui mesej hormone dan kimia kepada sistem saraf pusat, dikenali sebagai
sistem saraf enteric (ENS). ENS akan menghasilkan enzim, air liur dan rembesan
untuk membantu pencernaan dan mengawal hormon yang bertanggung jawab ke atas
selera anda.
Kebimbangan atau kesedihan boleh mengubah komunikasi ini dan
otak akan mengubah perhatian daripada pencernaan yang baik untuk menyimpan
tenaga dan digunakan di tempat lain. Tekanan yang tinggi meningkatkan tahap
kortisol, mengubah tahap gula dalam darah dan mengubah cara hormon dirembeskan,
kadangkala menyebabkan anda menjadi terlalu lapar, sembelit dan menyimpan
cecair.
Apabila tertekan, anda akan mencari makanan untuk
menenangkan diri dan akhirnya menyebabkan perut kembung. Metabolisme lembap dan
sistem pencernaan dengan terlalu banyak makanan berat memberi kesan buruk. Anda
harus mengamalkan pemakanan sihat dan senaman, meditasi, berdoa serta
menghabiskan masa melakukan perkara yang anda suka.
(Sumber: Mrtengku asmadi)
loading...
0 Response to "10 PunCa PerUt KeMbUng DaN CaRa MenGaTaSi "
Post a Comment