7 Kelebihan Solat Sunat Dhuha - Pasti Bersemangat Nak Amalkan






Abu Hurairah r.a. menceritakan, ‘Kekasihku Rasulullah ﷺ memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: shaum (puasa) tiga hari dalam sebulan, dua rakaat shalat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang menjaga solat dhuhanya, nescaya akan diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan". (H.R. Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

*****
"Setiap pagi, lazimkanlah atas setiap ruas anggota kamu bersedekah. Setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh ke arah kebaikan adalah sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) sekelian itu dengan mengerjakan 2 rakaat solat dhuha" (H.R. Albukhari dan Muslim)

 *****
Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT." (H.R. Tabrani)
 *****
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
*****
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Kelebihan dan Fadhilat Solat Dhuha

Fadhilat #1- Menzahirkan Kesyukuran dan peroleh pahala sedekah

Solat dhuha adalah salah-satu cara kita menzahirkan kesyukuran. Dalam Islam, sedekah merupakan satu cara melahirkan rasa kesyukuran. Umpamanya bila dapat baby, kita adakan majlis akikah. Kita cukur rambut baby, pastu kita sedekahkan ikut nilai emas seberat rambut baby. Kita bersedekah sebagai tanda syukur atas rezeki yang Allah beri. Jadi apa kaitan solat dhuha dengan sedekah? Meh kita tengok hadis ni:

Manusia mempunyai 360 persendian. Setiapnya memiliki kewajiban bersedekah”
Para sahabat bertanya, “Siapakah yang kuasa bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah..?”
Nabi ﷺ menjawab, “Mengubur bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan di jalan.
Apabila kalian tidak mampu melakukan, maka 2 raka'at shalat Dhuha telah mencukupi bagimu..” (Shahih, HR. Ahmad)

Ringkasnya, solat dhuha adalah cara kita menzahirkan kesyukuran atas setiap anggota badan, setiap sendi dalam tubuh, dengan menunaikan sedekah bagi setiap anggota tersebut. Cukup dengan 2 rakaat dhuha, kita dah pun menunaikan hak kewajipan bersedekah untuk setiap sendi. 

Fadhilat #2 Memberi Motivasi Dan Membuatkan Positif Sepanjang HAri

Bayangkan, kita dah mulakan hari kita dengan bersedekah. Itu saja dah permulaan yang baik. Tetapi Allah Maha Pemurah, bukan setakat fadhilat sedekah sahaja, diberi pula fadhilat pengharapan yang baik. Dalam kata lain, bila dah solat dhuha, kita dah ada positive outlook, sebab Rasulullah ﷺ dah kata...

Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari, yaitu solat Dhuha, nescaya nanti akan Kucukupkan keperluanmu sehingga akhir siang.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)

Fadhilat #3- Benteng Siksa Api Neraka

Solat dhuha sebagai benteng siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat). Hal ini ditegaskan Nabi saw. dalam hadisnya Rasulullah ﷺ bersabda:

Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah . akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)

Benteng api neraka tuu.... Kita kalau jalan tengah panas pun nak berpayung kan? Tu baru panas matahari di bumi. Bayangkan api neraka... apa cara benteng kita? Besarnyaaa fadhilat dhuha ni masyaAllah... syukur syukur... Allah Maha Mengasihani. Ingat sendiri boleh buat benteng ke kalau tidak dengan rahmat Allah?

Fadhilat #4- Mendapat Ganjaran Syurga

Bagi yang istiqamah mengamalkan solat sunat dhuha, Allah yang Maha Pemurah akan memberikan ganjaran syurga buat insan2 beruntung ini. Bukan itu saja, nak masuk syurga tu pun ada pintu khas untuk hamba2 Allah yang dirahmati ini. 

Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah . akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)


Fadhilat #5- Pahala Mengerjakan Dhuha Setara Dengan Pahala mengerjakan umrah dan haji

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


Fadhilat #6- Menjemput Rezeki Dan Mencukupkan Keperluan Hambanya
  
Cuba fikir balik... bukankah solat dhuha itu dilakukan pada waktu pagi, waktu rezeki diagih-agihkan? Bukankah solat dhuha itu adalah sedekah dan kita tau sedekah juga adalah magnet rezeki? Pernah baca doa selepas solat dhuha? Cuba perhatikan apa yang kita minta dalam doa tu?

Fadhilat #7- Memperolehi Keuntungan Yang Besar

Memperolehi keuntungan yang besar, berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ yang berikut:

Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah ﷺ mengirim pasukan perang. Lalu, pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan, dan cepat kembalinya mereka. Maka, Rasulullah ﷺ. bersabda, ‘Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (Yaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad)

Nampak tak perbandingan keuntungan besar yang diperolehi dengan menunaikan solat dhuha? Mungkin kita tak boleh bayangkan keterujaan menang dalam peperangan kan? Tapi cuma bayangkan keterujaan kita masa Harimau Malaya menang dalam mana-mana perlawanan dengan negara lain? Tak ke rasa happy tu? Bersorak2, doa2 esok cuti bagai kan? Tu baru penyokong.

Sekarang cuba bayangkan kita ni pemain Harimau Malaya... bayangkan kepuasan sebab menang, bayangkan rasa berbaloi prektis bagai nak rak, bayangkan pengorbanan waktu rehat sebab nak prektis, bayangkan ganjaran yang bakal diperolehi sebab menang.... Bayangkan keterujaannya tu? Maklum, menang perang!

Sumber: Justbeing.com









loading...

0 Response to "7 Kelebihan Solat Sunat Dhuha - Pasti Bersemangat Nak Amalkan"

Post a Comment