Teguran SENTAP Buat Orang Yang SUKA MENGUNGKIT!! nauzubillah!!..






Teguran Buat Orang Yang Suka Mengungkit 

Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Apabila seseorang itu melakukan sesuatu 'pengorbanan' dalam hidup misalnya menjaga pasangan/anak yang sakit, bergolok bergadai untuk sama-sama bangunkan bisnes pasangan dan lain-lain. Wajar kah hal ini diungkit andai berlaku persengketaan dan apakah hukumnya?

JAWAPAN

Secara umumnya, mengungkit adalah dilarang oleh Allah. Mengungkit-ungkit pemberian atau bantuan pengorbanan yang kita berikan kepada orang lain akan merosakkan pahala pemberian dan bantuan tersebut. Ini disebut dalam Al Quran yang bermaksud:

Wahai orang beriman, jangan rosakkan pahala sedekah (pemberian) kamu dengan mengungkit-ungkit dan (perbuatan) yang menyakitkan hati, ia seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk (riak) kepada manusia, dan pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat... (Al Baqarah: 264)

Dalam hadis juga disebut, baginda bersabda bermaksud:

Tidak akan masuk syurga orang yang menipu, orang kedekut dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian. (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan persoalan ini, kita dapat rumuskan bahawa mengungkit adalah suatu tegahan Allah kerana ia akan membatalkan pahala keikhlasan kita. Walaubagaimanapun, sekiranya untuk tujuan perbicaraan dan tuntutan keadilan, ini boleh disebut untuk dinilai kedudukan sebenarnya dan tidak dikira sebagai mengungkit.


Begitu juga sekiranya dalam kes ibubapa terhadap anak serta suami terhadap isteri, mengungkit untuk menyedarkan dan mendidik adalah diharuskan. Wallahua'lam







loading...

0 Response to "Teguran SENTAP Buat Orang Yang SUKA MENGUNGKIT!! nauzubillah!!.."

Post a Comment