Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan daya ingatkan
dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur’an…”
Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan di
Hospital Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan
mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka
berbahasa Arab ataupun tidak, mampu merasakan perubahan fisiologi yang sangat
besar.
Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa,
menangkis pelbagai jenis penyakit, merupakan pengaruh yang boleh dirasakan oleh
orang-orang yang menjadi subjek kajiannya.
Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik
terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot dan
ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujiannya, dia membuat
kesimpulan, bacaan Al-Quran mampu mempengaruhi sehingga 97% dalam melahirkan
ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam
Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran
terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang
mendengarkannya.
Kesimpulan hasil ujian tersebut diperkuatkan lagi oleh
kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Subjek kajiannya
telah dijalankan terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang
lelaki dan 2 orang wanita.
Kelima-lima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa
Arab dan mereka juga tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah
ayat Al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali terbahagi dua sesi,
iaitu membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan
dari Al-Quran.
Kesimpulannya, responden mendapat ketenangan sehingga 65%
ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab
yang bukan dari ayat Al-Quran.
Malah, Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika
diperdengarkan kepada seorang bayi. Perkara tersebut didedahkan Dr. Nurhayati
dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada
tahun 1997.
Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang diperdengarkan
kepadanya ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan respon tersenyum
dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar
kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya juga
memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan
intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur’an lebih
dari itu. Selain IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an juga mempengaruhi kecerdasan
spiritual (SQ).
Maha Benar Allah yang telah berfirman; "Ketahuilah,
hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang". QS Ar-Ra'd
ayat 28.
Sumber : sentiasapanas.com
loading...
0 Response to "Tindakbalas Menakjubkan Tubuh Manusia Apabila Membaca Atau Mendengar bacaan Al-quran"
Post a Comment