4 jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia
Secara ringkasnya, dalam suratul Kahfi, ada 4 jenis ujian
yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. Ujian-ujian tersebut ialah:
1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar
dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah
melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha
menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau
perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil
pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan
harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi
kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan
menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup
senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah
dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu
dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air
sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya
Dajjal.
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar
dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni
(ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan
ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan
teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan
segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil
tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar
dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi
alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri
untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam
surah Al Kahfi:
1. Dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh (Al Kahfi
ayat 28).
2. Lengkapkan diri dengan menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi
ayat 45).
3. Sentiasa merendah diri (Al Kahfi ayat 69).
4. Mengikhlaskan diri (Al Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan dakwah (Al Kahfi ayat 27).
6. Banyak mengingati hari akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)
Akhir sekali, perbanyakkan doa yang pernah dibacakan oleh
pemuda-pemuda Al Kahfi:
"Rabbana aatinaa
milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"
("Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang
lurus bagi kami dalam urusan kami")
al Kahfi ayat 10
*Sumber dari kpiuitm.blogspot.com
loading...
0 Response to "4 UJIAN MENAKUTKAN DAJJAL TERHADAP UMAT MANUSIA!! AMALKAN DOA INI AGAR TERSELAMAT FITAH DAJJAL!!"
Post a Comment