Berikut ini dikongsikan khasiat kurma yang mungkin anda
tidak tahu:
1. Menguatkan Memori
Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk
meningkatkan daya ingatan adalah kismis.
Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi
khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah,
kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan
memori.
2. Baik Untuk Ibu Mengandung, Berpantang
Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan
buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada
tandingannya.
Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana
akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan.
Selain itu, kurma juga akan memberikan khasiat yang baik
untuk bayi di dalam kandungan.
3. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah
penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu
ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat
membantu menguatkan jantung anda.
Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium,
iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.
4. Baik Untuk Kesihatan Tulang
Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya
sumber yang baik untuk kekuatan tulang.
Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung
dengan mengamalkan pengambilan buah ini.
Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah
magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.
5. Merawat Masalah Usus
Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu
menyelesaikan pelbagai masalah usus.
Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu
melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Semoga memberi manfaat.
loading...
0 Response to "Makan Kurma Sudah MEnjadi Sinonim Di Bulan Ramadhan.. Apa Sebenarnya Khasiat Kurma?? Rupanya Sangt TERBAIKK Kesan Pengambilan Kurma.."
Post a Comment