Kuala Lumpur: “Ya, rambut saya dah mula gugur kesan daripada
tiga kali kimoterapi, badan saya tak kuat sangat, tapi saya tetap pergi ceramah
dan program dakwah.”
Demikian kata pendakwah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek,
43, mengenai keadaan kesihatannya selepas disahkan menghidap kanser limfoma
pada 31 Januari lalu.
"Walaupun lemah, saya kena kuat semangat dengan merasai
mujahaddah iaitu susah payahnya berdakwah.
"Jadual kerja saya macam biasa, terima jemputan di luar
ibu negara. Alhamdulillah boleh berehat sedikit kerana ada pembantu yang
memandu kereta," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Kisah beliau yang lebih mesra dipanggil Ustaz Hanafi mendapat
perhatian netizen di Facebook (FB) apabila dia memuat naik gambar rambutnya
yang gugur dengan kapsyen "Alhamdulllilah.. Ya Allah.. Gugurkan juga
dosa-dosaku".
"Kalau saya berceramah, orang tak nampak saya sakit,
habis saja ceramah saya akan nampak lemah sehingga pernah terpaksa memendekkan
tempoh ceramah.
"Doktor pesan saya tidak boleh terdedah kepada orang
yang mengalami batuk atau demam kerana paru-paru saya akan mudah dijangkiti.
Jadi saya akan pakai topeng muka," katanya yang mempunyai sembilan anak
dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.
Ustaz Hanafi berkata, dia masih kekurangan dana untuk
menampung kos baki enam kali kimoterapi dianggarkan RM500,000 walaupun sudah
menjual motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki GTR1400.
"Kos kimoterapi memang tidak cukup. Saya sudah jual
motosikal saya, apapun doakan saya. Saya sangat terharu apabila orang ambil
berat pasal saya, tak tahu nak balas jasa orang yang bantu saya.
"Sampai hari ini rasa macam mimpi apabila kisah saya
ditularkan. Sebelum ini saya banyak upload (muat naik) kisah orang lain,
sekarang orang tular kisah saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau sedang menyiapkan Rumah
Kebajikan Al Habbah di Selayang, iaitu pusat penempatan anak-anak yatim,
miskin, mualaf dan anak-anak terbuang.
Sumbangan untuk rumah berkenaan boleh disalurkan ke akaun
CIMB, 8602541165 atas nama Sekolah Tahfiz Al Habba atau Bank Islam Berhad,
122250100003680 atas nama Al Habbah.
Sumbangan peribadi kepada Ustaz Hanafi pula boleh disalurkan
ke akaun CIMB, 7001645436, Maybank 162405085541 atau Bank Islam 14162020096634
(Mohamed Hanafiah Abdul Malek).
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 6:40 PM
credit: Harian metro
BACA JUGA
- Qari meninggal dunia ketika baca ayat kedua surah Al-Mulk Menjadi Tular di Laman Sosial. Beliau Meninggal Pada 27 Rejab 2017(Isnin) bersamaan Dengan peristiwa Israk Mikraj.
- Pernah Tak Dengar Azan Time Mengambil Wudhuk? Nak Jawab Azan Pun Ragu-ragu kn..Nak tahu Wajib Ataupun Tidak Menjawab Azan Tersebut, Baca Sini. Sebarkan.
- Baca Doa Ini 3 Kali, Malaikat Turun dari Langit Ketiga untuk Membantu
loading...
0 Response to "'Ya Allah.. Gugurkan juga dosaku' Inilah Kata Ustaz Hanafi Kerana Menghidap Penyakit Berbahaya. Beliau Masih Kekuarangan Dana Kos Perubatan Dan Siapa-Siapa Mampu Bolehlah Menghulurkan Bantuan Pada No Akaun Berikut. "
Post a Comment