Merupakan bulan ke-5 dalam kalendar Julian dan Gregory, nama
bulan Mei diberi bersempena dengan nama dewi Greek, Maia, ibu dewa Hermes, dewa
yang dikaitkan dengan perdagangan, penciptaan dan penipuan.
Tetapi, menurut kamus Webster, Maia adalah ibu Merkurius dan
ayahnya Jupiter.
Maia juga dikenali sebagai Bona Dea, dewi kesuburan pada era
Roman dan festival Bona Dea diraikan pada bulan Mei.
Menurut puisi Ovid Roman, etimologi kedua nama ini berasal
dari perkataan ‘maiores’ yang bermaksud ‘golongan tua’ dan diikuti oleh bulan
Jun atau ‘Iuniores’ yang bermaksud ‘golongan muda’.
Sir Thomas Malory (1400–1471), penulis berbangsa Inggeris,
menyebut bulan ini sebagai “bulan penuh nafsu”.
Peliknya, bulan Mei yang romantis ini juga dianggap sebagai
bulan sial untuk berkahwin.
Bangsa Rom menolak pernikahan pada bulan Mei kerana pada
bulan inilah berlangsungnya festival untuk menghormati Bona Dea, dewi yang
tidak pernah melakukan hubungan intim.
Festival menyambut kematian yang tidak menyenangkan juga berlangsung
pada bulan Mei.
Semoga memberi manfaat.
Sumber artikel:
http://www.sentiasapanas.com/2017/05/asal-usul-nama-bulan-mei.html#ixzz4gFJb0KZw
loading...
0 Response to "Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?"
Post a Comment