Tahukah anda bahawa Anemia (Penyakit Kurang Darah Merah), Memberi kesan tidak baik pada badan? Apakah itu anemia?






Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud 'tiada darah', merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) atau hemoglobin.

Apa Itu Anemia

Anemia mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu dan mengakibatkan hipoksia; kerana semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, lalu menimbulkan pelbagai masalah.

Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) diperlukan oleh tubuh untuk memastikan oksigen yang mencukupi untuk semua tisu dan organ badan.

3 Punca Utama Penyebab Anemia:

Kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kemalangan, atau kronik (melalui kehilangan darah dalam jangka masa yang lama).
Kemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis).
Penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet adalah kesan akibat kekurangan sel darah merah.

Simptom dan tanda-tanda Anemia

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang dan simptomnya juga tidak jelas. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk.

Anemia yang teruk akan membawa kepada degupan jantung yang laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.

Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), namun bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Jenis-jenis Anemia

Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah, sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas sel darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel.

Sekiranya sel lebih kecil berbanding normal (bawah 80 fl), anemia dikatakan sebagai mikrositik (microcytic), sekiranya darah bersaiz normal (80-100 fl), normositik (normocytic) dan sekiranya saiz darah lebih besar berbanding normal (lebih 100 fl), anemia ini dikelaskan sebagai makrositik (macrocytic).

Ciri-ciri lain yang boleh dilihat ketika pemeriksaan sel darah merah mungkin memberikan petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus contohnya, sel darah putih luar biasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.

1. Anemia mikrositik

Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku.

Namun, anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.

Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin.

Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site).

Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang.

2. Anemia Normositik

Anemia normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme.

Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini dan salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.

Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah.

Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang, namun ia berkembang dan memburukkan keadaan dengan lebih cepat.

3. Anemia makrositik
Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan. Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlalu cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Puncanya pelbagai, antaranya auto-imun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis).

Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah ditemui oleh William Parry Murphy.

Beliau mencederakan anjing-anjing yang dijadikan eksperimen sehingga semuanya mengalami anemia, kemudian memberi mereka pelbagai ubatan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu merawat anemia.

Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia.

George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati.

Mereka bertiga kemudiannya dianugerah dan berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam bidang perubatan.

4. Anemia-anemia tertentu

Fanconi anemia (anemia fankoni) - penyakit keturunan.

Rawatan Anemia

Terdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan bergantung kepada tahap dan puncanya.

Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid).

Anemia kekurangan zat besi ringan dan sederhana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.

Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan darah merah.

Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy), atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, sesetengah pakar klinikal memberikan ubatan recombinant protein, epoetin alfa, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.

Bagi kes anemia yang teruk, atau kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Pemindahan darah kepada pesakit anemia

Secara umumnya, doktor akan cuba mengelakkan pemindahan darah kerana bukti menunjukkan pesakit akan bertambah teruk selepas menjalani pemindahan darah.

Semoga memberi manfaat.










loading...

0 Response to "Tahukah anda bahawa Anemia (Penyakit Kurang Darah Merah), Memberi kesan tidak baik pada badan? Apakah itu anemia? "

Post a Comment