Kita sering mendengar tentang istilah selaput dara
sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas.
Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos
berbanding fakta sebenar dan agar tidak terkeliru dengan mitos yang
diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.
Apa itu selaput dara?
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen.
Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu
bibir vagina perempuan.
Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan dan
kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan
bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina.
Namun, ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik
seperti bulan sabit (semilunar) dan mempunyai pemisah (septum).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut dan
secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai 'beban
yang berat' kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang wanita.
Adakah semua wanita memiliki selaput dara?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada
vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir
tanpa selaput dara.
Apa yang boleh menyebabkan selaput dara pecah?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat
elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya
hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan
penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang
mempengaruhi alat kelamin wanita.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan
wanita lainnya. Ada wanita yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah
koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan
memanjat.
Ini semua boleh memecahkan selaput dara meskipun dia belum
pernah melakukan hubungan seks.
Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah berkahwin dan berhubungan
seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana
selaput daranya begitu elastik.
Adakah selaput dara lambang keperawanan?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah
hubungan seksual dan masyarakat menyatakan seseorang wanita adalah perawan jika
belum pernah melakukan hubungan seksual.
Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga
berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang
menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang wanita pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak
mengeluarkan darah ketika malam pertama namun, anggapn ini sebenarnya kurang
tepat.
Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya
bergantung pada selaput dara.
Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika
malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah
ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang
dinyatakan di atas.
Adakah selaput dara wajib mengeluarkan darah ketika malam
pertama?
TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada
membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara
ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan
seksual buat kali pertama.
Malah, dalam beberapa kes didapati ada wanita yang tidak
mempunyai selaput dara sejak lahir dan ada juga wanita yang memiliki selaput
dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga ia tidak dapat
mengeluarkan darah ketika melakukan hubungan seksual buat kali pertama.
Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara
hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin
sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka
melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk
kali pertama.
Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini,
cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini
selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.
Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah
tidak suci lagi namun, mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai
selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang
telah dilakukannya.
Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan perkahwinan
dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Semoga memberi manfaat.
loading...
0 Response to "Selaput Dara Bukan Simbol Kesucian Wanita"
Post a Comment