gambar hiasan |
Bila pukul 2 lebih je, mesti isteri wassap saya, tanya dh
lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama "tak makan. Abang sarapan
je". So daripada jawapan saya tu dia tahu dia kena masak.
Pukul 7.00 malam saya sampai rumah. Tapi yang musykilnya,
nasi masih tak berhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas still dalam cerek.
Dulu takdelah macam ni. Tapi sekarang, hmm, entahlah. Nak
cakap pun tak kena. Sebab tak nak kecoh, saya senduk nasi sendiri. Ambil lauk
sendiri dan taruk sayur sendiri.
Bila dah lama sangat macam tu, sekali tu saya tegur dia.
"Awak, Abang nak tanya ni.."
"Ye abang. Apadia.."
"Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya Abang dah
makan tengahari ke belum. Tapi bila Abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun
untuk Abang. Abang dah lah balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan
nasi. Buatkanlah air siap-siap.."
Dia hanya tunduk. Dan lepas tu dia minta maaf sebab tak
dapat nak buat tu semua untuk saya selama ni. Esok dia janji takkan buat lagi.
Malam tu, dia tidur awal. Penat katanya. Saya yang masih tak
ngantuk, tengok-tengok mesej dalam aplikasi whatsapp. Dan masa tu, tiba-tiba
tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.
Lama saya meneliti. Lepas satu satu saya scroll mesej-mesej
lama saya dengan dia. Dan mungkin Allah nak sedarkan saya bahawa saya telah
silap dalam 'menghukum' Isteri, Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum
pukul 2, jam yang biasanya dia tanya saya dah makan belum.
"Abang.. Anak-anak melasak. Sorang pun taknak tdo ni
ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye.."
"Abang.. Lengan kanan saya sakit sangat la. Nak angkat
pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tdo kot"
"Abang.. Kepala saya berdenyut. Mungkin sebab x cukup
tidur"
"Abang.. Adik gigit kakak. Kakak pulak tarik rambut
adik. 22 ni asyik bergaduh je"
"Abang.. Lepas basuh dan jemur baju nanti, sy masakkan
untuk abang neh"
"Abang.. Kalau abang senang, petang ni minta abang
belikan susu ideal. Nak buat kuah bread puding"
"Abang.. Pukul 3 insyaAllah sy masakkan kari Abang.
Skrang tgah melayan anak-anak mewarna"
Allahurabbi. Kenapa saya begitu buta selama ni. Bukankah
sebelum tu dia dh maklumkn pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan
anak-anak. Tapi dalam sesibuk dia tu pun, dia masih boleh menyiapkan makanan
untuk saya.
"ya Allah.. Maafkan lah saya dan rahmatilah dia.."
Dalam hangat air mata tu, saya kiss dahi dia dan send kan
dia sebuah mesej..
"Terima kasih sayang. Maafkan Abang"
**sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua tu.
Isteri cuma layan kita je. Tapi bila dia dah buat jangan banyak komplen.
Ucapkanlah terima kasih dulu. Dan kalau nak tegur pun, tegur la elok-elok.
Peringatan untuk diri sendiri.
karyawan bisu
Sumber: Hazmila Ismail
loading...
0 Response to "Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar"
Post a Comment