Seorang Wanita (57) Meninggal Kerana Dibunuh Oleh Anaknya Menggunakan Tombak





Berita Harian: Lelaki Bunuh Ibu Guna Tombak Berjaya Ditahan Polis



KOTA KINABALU – Polis di daerah utara Kota Belud di sini menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang membunuh ibunya menggunakan tombak di kediaman mereka pada Isnin.

Mangsa, Teh Jari, 57, ditemui berlumuran darah oleh seorang lagi anak lelakinya pada pukul 10.40 malam selepas mendengar jeritan wanita tersebut.

Lelaki berkenaan yang tinggal berhampiran melihat adiknya lari meninggalkan rumah itu sejurus insiden tersebut berlaku.

Jiran mangsa mengejarkan Teh ke Hospital Kota Belud sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.40 pagi.

Ketua Polis Kota Belud, Superitendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek yang ditahan berhampiran rumahnya pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Mesra di sini.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – mstar

SUMBER: BERITA HARIAN









loading...

0 Response to "Seorang Wanita (57) Meninggal Kerana Dibunuh Oleh Anaknya Menggunakan Tombak"

Post a Comment