Ketika Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan Rasulullah SAW banyak berpuasa dan
memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam bulan Syaaban adalah
sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada ujian yang lebih besar iaitu
bulan Ramadan.
Berikut ana catatkan ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat
yang boleh dilakukan dalam bulan Syaaban. Sesamalah kita sedaya upaya cuba
mengamalkannya..
Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1 Berpuasa sunat.
2 Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
3 Perbanyakkan amalan takwa.
4 Solat lima waktu secara berjemaah.
5 Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
6 Melakukan amal kebajikan.
7 Memohon keampunan ibu bapa.
8 Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
9 Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
10 Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal
kebajikan.
11 Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan
malapetaka.
12 Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti
membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
Puasa Syaaban Dan
Fadilatnya
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa
Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah
bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan
manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku
diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”
(Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk
melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai
kelebihan, antaranya:
1. Berpuasa sehari.
a. Diharamkan Allah
tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi
Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi
seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan
Nabi Daud a.s.
2. Berpuasa tiga
hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70
orang nabi,
b. Seperti orang
beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada
tahun itu seperti mati syahid.
3. Berpuasa tiga hari
kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh
Allah.
b. Diberkatikan
rezeki.
c. Allah Ta’ala
membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
4. Berpuasa pada hari
Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah
lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke
dalam syurga.
5. Berpuasa pada hari
Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah
akan saat mati,
b. Terlepas dari
kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari
huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan
aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk
ke syurga.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak
dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang
semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia.
Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh
ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari
keredaan Allah SWT.
credit: Shafiqolbu
baca juga
- Bulan Ramadhan dah Nak Sampai. Tolong Siapkan Diri Dengan 5 Persiapan Penting Yang Mesti Dilakukan Agar Dapat Memperolehi Kelebihan Bulan Ramadhan
- Tanda taubat diterima Allah
- Ternyata Inilah Amalan yang Paling Berat Pahalanya
loading...
0 Response to "Ahlan Wa Sahlan Ya Syaaban!!! Amalan Rasulullah Di Bulan Syaaban Yang Boleh Kita Ikuti agar Memberikan Kelebihan Yang Sangat BANYAK & MENAKJUBKAN!! Semoga Kita Disempatkan Menemui Ramadah Tahun Ini."
Post a Comment