Kalau dulu dengar je orang nak kahwin, mesti tarikh tu
tarikh budak-budak cuti sekolah lah, cuti umum lah. Sekarang dah tak macam
dulu, bila-bila masa je tak kira cuti sekolah ke tak, ada je kad undangan yang
sampai.
Seronok kan bila menghadiri majlis kahwin ni, majlis kahwin
kawan-kawan, jiran tetangga. Tapi yang tak best nya tu bila dah datang rumah
orang bukan nak kunci mulut tu, semua nak di complaint.
Tempat sanding tak lawa lah, mekap tebal sangat lah, makanan
tak sedap lah. Kalau nak hadiri majlis perkahwinan, pastikan korang lupakan 6
perkara ni dulu ya.
Mengumpat Pengantin
Yang ni memang selalu kita tengok, sampai-sampai je rumah
pengantin terus pelok pengantin. Yang peliknya bukan ucapan tahniah yang keluar
dari mulut, tapi sibuk nak complaint mekap tak lawa lah, mekap tebal sangat
lah. Tolong jaga kata-kata anda, jangan sampai pengantin berkecil hati dengan
perangai anda
Complaint Makanan Tak Sedap
Tengah-tengah mengunyah tu masih sempat mengata makanan tak
sedap, tapi dalam mengata tu 2 pinggan bertambah.
Gosip Pasal Bilik Pengantin
Setelah selesai makan, selalunya rakan-rakan pengantin akan
masuk ke bilik pengantin perempuan untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin,
tapi anda sibuk nak complain kata dekorasi bilik tak lawa, warna katil dengan
langsir tak sesuai. Tolong kawal mulut anda daripada tegur perkara-perkara yang
tidak perlu.
Perlekeh Door Gift
Bila dapat door gift bukan nak ucap terima kasih, tapi
perlekehkan lagi pemberian orang. Asalkan pengantin dan keluarganya ikhlas
memberi, anda terima lah dengan senang hati, bukan hanya tahu nak mengata saja.
Jangan Mengata Tuan Rumah
Apabila datang ke rumah orang, sila jaga adab. Jangan
mengumpat tuan rumah, diam dan lakukan apa yang patut sahaja.
Bungkus Makanan
Memang ada yang suka tapau makanan dari majlis kahwin. Jika
tidak disediakan lebih baik anda duduk saja diam-diam, jangan memandai-mandai
membungkus lauk dan membawa pulang. Fikirkan juga tetamu-tetamu yang masih
belum hadir ke majlis tersebut.
Kalau Ke Majlis Kahwin Sebaiknya!
Kalau datang kenduri jagalah tingkah laku dan percakapan.
Jangan kenduri jadi tempat bergosip dan mengumpul dosa. Tuan rumah dah berusaha
menjamu dan meraikan kita, jadi bersyukurlah.
Sumber: Nakbebel
ANDA MUNGKIN MEMINATI
loading...
0 Response to "Perkara Yang Tidak Patut Ketika Menghadiri Majlis Kahwin"
Post a Comment