3 ADAB MENGUAP
Menguap bukanlah dibenci Allah,
tetapi tidak disukainya kerana menguap cenderung melemahkan dan melesukan tubuh
badan untuk beribadah yang berpunca daripada banyak makan. Oleh itu Rasulullah
ada mengajarkan kita tiga adab menguap yang boleh dipraktikkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:”
Sesungguhnya Allah menyukai (hambanya) bersin dan tidak menyukai hambanya
menguap.” (RIwayat Al-bukhari)
Inilah islam yang mengatur dan
menitikberatkan adab dalam seluruh kehidupan manusia walaupun sekecil-kecil
perkara.
Alangkah indahnya hidup seorang
muslim yang memilih islam sebagai cara hidup yang memberi panduan dalam setiap
urusan kehidupannya. Antada adab menguap yang diajarkan oleh Rasulullah:
1. 1. Berusaha
menahan diri daripada menguap
Menguap tidak
dapat dielakkan kerana ia tindak balas semula jadi badan manusia. Oleh itu
perbaiki corak pemakanan, cara pernafasan dan keaktifan tubuh kerana menguap
petanda negative tubuh kita kelesuan kerana kekurangan oxygen dan peredaran
darah tidak lancar.
Maka apabila
menguap berusahalah menahannya. Jika tidak mampu, jangan sampai mengeluarkan
suara ataupun menggeliat badan.
2. Meletakkan
tangan di mulut
Seperti yang
diriwayatkan oleh muslim, ini merupakan cara yang diajarkan oleh Rasulullah
bagi melindungi ‘syaitan’ daripada masuk ke dalam mulut yang terbuka. Huraian para
ulama ‘syaitan’ yang dimaksudkan ialah penyakit.
Jika dilihat
dari sudut perubatan moden, mulut manusia yang menguap akan mengeluarkan virus
penyakit berjangkit. Jadi hikmah adab ini bagi melindungi diri kita dan orang
lain daripada penyakit tersebut.
3. Hentikan bacaan
Al-quran
Bagi mengelakkan
daripada berubahnya sebutan huruf Al-quran yang boleh menyebabkan maknanya
berubah, maka dianjurkan agar berhenti membaca Al-quran ketia menguap. Dan diulangi
kembali ayat tersebut.
Keburukan menguap
Nabi s.a.w. bersabda:
“bersin itu daripada Allah dan
menguap itu daripada syaitan. Jika salah seorang daripada kalian menguap, maka
tutuplah mulut dengan tangannya. Jika ia katakan ‘aah’ maka syaitan tertawa
dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.”
(Riwayat Al-tarmizi)
(Sumber: Gen-Q)
loading...
0 Response to "3 Adab Menguap"
Post a Comment