“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh
keluar, dia nampak laut, dia nampak air?
Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen di
dapur.. Atau dia duduk termenung atau menangis di tengah-tengah rumah.. atau
dalam bilik mandi..”
DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yang ditinggalkan dari
dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan
JIN/SYAITAN/IBLIS.
Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan
TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA
seperti berikut ::
1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH (1x)
2. Berselawat keatas Nabi SAW (3x)
3. Baca Ayatul Qursi (1x)
4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan
fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding
dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat”.
5. Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH”, “LA HAULAWALA
KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”
Tapi kita sebagai orang islam walaupun perlu tegas dengan
penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan. Selepas baca tu
jangan lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak
lemas di lautan. Jangan diletak jetski pulak nanti dia meronda dalam rumah tu.
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Amin.
credit: islam itu indah
loading...
0 Response to "Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tidak Boleh Keluar..Jom Amalkan Doa Ini!"
Post a Comment