Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan
dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya
bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu
dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah
melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan
mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya
itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah
berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah
dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan
sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi
pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan
disitulah tempat mereka selamanya.” (HR
Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat
pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah
malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat
Taubat:
2. Bacaan surah
selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum
duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih
berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu
mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi
salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha
il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi
laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa
ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai
akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak
dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah
Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi
Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa
‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa
sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi
fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau;
Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu
daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala
nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka
ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada
Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha
Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat
dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang
Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan
kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan
hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana
kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku
bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan
mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada
dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan
baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku
sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah
daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah
segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang!
Sumber: Shafiqolbu
Sumber: Shafiqolbu
loading...
0 Response to "Panduan Solat Sunat Taubat"
Post a Comment