Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan
berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak
sabar menunggu datangnya si pendamping.
Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga
perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang
akan berkahwin.
Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
(An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah
diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki
yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang
baik buat kita. Amin.
.
2. “Dan
kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak
(berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas
(Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang
untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang
juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai
gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga
dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk
melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini
adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah
memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil,
apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah
kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak
mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian
Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.
3. “Ada tiga
golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang
menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy,
Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga
kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan
penegasan Rasulullah dalam hadits ini.
Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.
4. “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.
5. “Dan Tuhanmu
berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada
Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa
memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan
sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya
adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat,
mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa.
Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah
‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya
adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang
haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan
Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha
Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka
mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini
jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan
keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang
mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak
diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37)
dan Ahmad).
Telah bersabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi
dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda
Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”
(Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan
Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar
datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah
Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
.
7. “Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang
dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap
berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada
kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam
Nasyrah.
.
8. “Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong
kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu
penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam,
membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah
menolong kita.
.
9. “Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
.
10. “Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya.
Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih
sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada
Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
loading...
0 Response to "Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin"
Post a Comment