Ada yang tidak dapat difikirkan oleh akal biasa kita sebagai
manusia yang hidup di zaman teknologi kita melibatkan hampir semua perintah
Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Contohnya larangan seorang Muslim
tidak boleh minum sambil berdiri. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan
di setiap helaian rambut yang sudah memutih atau dipanggil uban.
Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu '
alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin.
Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap
ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya
" ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami '
Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah yang lebih
dikenali dengan Ibnu Hibban, dalam kitab sahihnya menyebutkan pembahasan "
Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan
kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia
jaga di dunia. "
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadis berikut. Dari Abu Hurairah
, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda ,
" Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya
pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai,
maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan
satu kesalahan , juga dengannya akan ditinggikan satu derajat , " ( HR.
Ibnu Hibban dalam Shahihnya . Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad
hadis ini hasan ).
Pada tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Muzium Nacional
de Ciencias Naturales Sepanyol menjalankan kajian tentang uban. Dari hasil para
penyelidik itu menunjukkan uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup
panjang dan sihat. Namun khabar buruk bagi anda yang mempunyai rambut merah
kerana ini berkaitan tahap yang lebih tinggi untuk mengidap kanser.
"Pada manusia, melainkan kulit, rambut dan bulu
merupakan jenis yang sama. Hal ini menghadkan pengetahuan pada kesan fisiologi
pigmentasi, " kata Galvan .
Uban menandakan ketiadaan melanin. Ertinya uban merupakan
tanda hidup yang sihat.
" Jauh dari tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan
keadaan yang baik, " tegasnya. Jadi , anda sudah beruban ? Subhanallah ...
SUMBER: DETIK ISLAM
loading...
0 Response to "INILAH SEBAB MENGAPA NABI MELARANG MENCABUT UBAN!!"
Post a Comment