Kereta baru kepunyaan Presiden Amerika, Donal Trump kini
dalam proses menjalani ujian terakhir sebelum ia diserahkan kepada White House
bagi kegunaan Trump.
Menurut The Sun, kereta yang digelar oleh Trump sebagai
Cadillac One atau The Beast tersebut berharga $1.2 juta atau kira-kira RM5.4
juta dan dikatakan memiliki ciri-ciri keselamatan yang tinggi walaupun
kelihatan sedikit paranoid.
Menurut laporan itu, kereta tersebut dibina bagi melindungi
serangan biologi dan kimia.
Malah, kereta itu juga mampu bertahan dari bom jalanan dan
juga memiliki tangki minyak yang tahan letupan.
Hanya cermin sisi di bahagian pemandu sahaja dibolehkan
untuk dibuka dan di dalam bonet pula ada bekas yang berisi darah seandainya
Presiden memerlukan transfusi kecemasan.
Antara ciri-ciri keselamatan lain kereta tersebut
termasuklah memiliki senapang patah, tayar Kevlar yang mampu bergerak walaupun
bocor, dan sistem oksigen yang akan digunakan seandainya berlaku serangan
kimia.
Terdapat juga beberapa senjata lain yang diselindungkan di
gril hadapan kereta tersebut yang bertujuan bagi menyeras balas penyerang.
Ada laporan yang mendedahkan bahawa kereta itu dibuat oleh
General Motors.
The Beast, gelaran bagi kereta rasmi yang dinaiki Presiden
Amerika pernah mengalami kerosakan pada 2013 selepas seorang pemandu tersalah
memasukkan jenis minyak saat dalam perjalanan ke Israel.
Kesilapan itu mengakibatkan pasukan Secret Service mati kutu
bagi mencari kereta ganti untuk membawa Obama ke Tel Aviv.
Walaupun begitu, merea bernasib baik oleh kerana Obama tidak
berada di dalam kereta tersebut saat kerosakan itu terjadi
loading...
0 Response to "Ini Ciri-Ciri Keselamatan Kereta Milik Trump Yang Bernilai RM5.4 Juta"
Post a Comment