4 Dosa Keji Tentera Amerika Terhadap Rakyat Irak








Sebagai negara kuasa besar, mungkin kita menganggap Amerika Syarikat adalah negara yang maju dan paling disegani di dunia. Namun disebalik semua itu, AS sebenarnya masuk dalam kategori negara paling berdosa yang telah menimbulkan banyak kekacauan sehingga berlaku peperangan.

Contohnya ketika AS menyerang Iraq pada tahun 2003, di mana banyak dosa keji yang dibuat oleh tentera Amerika pada rakyat Iraq ketika itu yang tidak disiarkan. Kisah keji tentera Amerika itu telah diceritakan sendiri oleh tentera Amerika yang jadi saksi.

Dipetik Laicikang.com dari The Richest, berikut senarai dosa keji yang dibuat tentera Amerika kepada rakyat Iraq menurut saksi tentera Amerika sendiri.

1. Perkauman dan tidak berperikemanusiaan

Seorang pasukan special force Amerika yang bernama Englehart mendedahkan bagaimana tentera Amerika melayan warga Iraq seperti bukan manusia atau tidak berperikemanusiaan dan juga mengamalkan sifat perkauman. Tentera Amerika biasanya turut menggelarkan rakyat Iran dengan pelbagai kata-kata kasar.

Namun bukan semua tentera Amerika melayan warga Iraq seperti itu. Justeru tentera Amerika yang tidak ikut mengambil bahagian dalam tindakan ini akan dipulaukan oleh tentera mereka sendiri. Dan yang lebih kejam dari itu adalah pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dan tanpa ada alasan yang munasabah. Begitulah cerita Englehart.

2. Menyaksikan Kanak-Kanak Ditembak



Michael Harmon, seorang tentera perubatan yang turut serta selama perang Iraq juga menceritakan dosa-dosa yang dilakukan tentera AS. Apabila berumur 24 tahun, beliau telah ditugaskan di sebuah bandar berhampiran Baghdad. Ketika itu dia menyaksikan pasukannya menembak setiap arah tanpa ada musuh yang kelihatan.

"Saya pergi ke tempat kejadian dan anda tahu, anak kecil berusia 2 tahun yang gemuk dengan kaki gemuknya yang lucu itu, dan saya melihat peluru menghinggap di kakinya. Dia kemudian melihat menatap saya," cerita Harmon.

3. Pembunuhan Di Masjid


Seorang penterjemah bernama Abu Talat yang menolong pasukan sekutu sedang berada di sebuah masjid ketika pasukan Amerika dengan Pengawal Kebangsaan Iraq menembak jemaah yang sedang berdoa.

"Semua orang mula menjerit Allahu Akbar kerana mereka takut. Kemudian tentera mula menembak orang-orang yang sedang berdoa," kata Talat kepada media melalui panggilan telefon ketika kejadian.

"Mereka baru saja menembak dan sekurang-kurangnya 4 orang yang sedang berdoa terbunuh," tambah Talat.

4. Melakukan Pembunuhan Ketika Konvoi



Sarjan Campabell menceritakan bahawa konvoi tentera Amerika di Iraq boleh berubah jadi jenayah pembunuhan. Dia menceritakan suatu ketika saat tentera Amerika sedang berkonvoi, ada seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam konvoi, dan tanpa bicara, lelaki tersebut terus ditembak.

"Dia seperti terkena tiga tembakan di dadanya, jadi saya memutuskan untuk merawatnya. Dan dia terus tidak sedarkan diri," kata Campabell.









loading...

0 Response to "4 Dosa Keji Tentera Amerika Terhadap Rakyat Irak"

Post a Comment