hutang halang masuk syurga |
Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan
untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang
dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin
ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada
mana-mana pihak.
Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar
dari hutang.
1. Senaraikan hutang-hutang mengikut keutamaan: Siapkan satu
senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan
untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu.
hutang bayar 2
2. Berhenti dari menambah lagi hutang: ketika anda di dalam
proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda
kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
3. Audit perbelanjaan anda: Anda mesti menyenaraikan semua
perbelanjaan-perbelanjaan anda itu. Tujuannya adalah untuk mengetahui di mana
berlakunya pembaziran. Mungkin anda masih membayar bil handphone pada harga
yang tinggi walaupun ada kadar yang lebih menjimatkan. Mungkin anda terpaksa
menghentikan langganan Astro sebagai contoh. Walaupun anda fikir anda cuma
berbelanja RM80 sebulan untuk Astro tetapi jika anda berhenti anda akan jimat
RM960.00 setahun! Mungkin anda boleh jimat dengan membeli barang-barang
keperluan di Mydin daripada berbelanja Giant contohnya. Semua penjimatan ini
anda boleh masukkan ke dalam tabung khas untuk membayar hutang-hutang anda itu.
4. Jangan guna kad kredit : Kepada sebahagian besar
masyarakat akibat menggunakan kad kreditlah menjadi penyebab utama mereka jatuh
ke dalam lembah berhutang. Dengan kad kredit amat mudah untuk kita berbelanja
tanpa mengambil kira samada kita mampu untuk membayar pembelian tersebut.
Membayar pada kadar minima tiap-tiap bulan membuatkan bunga pada pembelian kad
kredit anda itu bertambah-tambah. Jadi mulai dengan menutup semua akaun-akaun
kad kredit anda itu yang anda tahu akan menyusahkan hidup anda. Percayai dengan
slogan “Cash is King”.
5. Mulakan untuk menabung : Menabung adalah satu kemestian.
Mulakan walaupun dengan amaun yang kecil tetapi mesti konsisten. Siapkan 3
tabung khas di atas meja sebelah katil anda. Satu untuk membayar hutang, satu
untuk tabungan dan satu untuk bersuka-ria. Tentukan kadar-kadar bagi tiap-tiap satunya,
contoh 10% untuk membayar hutang, 10% untuk tabungan dan 5% untuk bersuka-ria.
Jadi apabila anda mendapat apa-apa bayaran atau gaji, bayar kepada
tabung-tabung ini dahulu.
6. Buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan : Tidak
mudah untuk kita membayar balik hutang kita dengan menggunakan gaji atau
pendapatan yang kita dapat tiap-tiap bulan. Lebih-lebih lagi kepada anda yang
makan gaji dan menerima pendapatan yang tetap tiap-tiap bulan. Jadi untuk kita
menambahkan lagi pendapatan kita haruslah mencari punca pendapatan yang lain.
Ramai yang berniaga atau bekerja pada hari cuti. Ramai juga yang berkecimpung
di dalam perniagaan online. Ini adalah kerana, berniaga secara online tidak
memerlukan anda untuk sentiasa di situ. Ia tidak memerlukan modal besar mana
pun.
Selamat mencuba langkah-langkah ini!
credit: mystormreader.wordpress.com
loading...
0 Response to "6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini"
Post a Comment