Johor Bahru - Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lepas dibongkar semula pagi semalam, lapor Sinar Harian.
Menurut portal tersebut, tindakan itu dibuat oleh pihak hospital untuk mendapatkan sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan jenazah berikutan sampel yang diambil sebelum ini tidak menemui apa-apa punca kematian.
Kejadian itu disaksikan oleh bapa saudara, Mas Ariff, bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai, kira-kira jam dua petang semalam.
"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.
"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" kata Mas Ariff yang menjadi saksi kubur anak saudaranya digali.
“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.
Katanya lagi, pihak hospital hanya perlu mendapatkan sampel daripada kaki yang dipotong sahaja.
Berita pembongkaran kubur Mohamad Thaqif mula mendapat perhatian netizens selepas dimuat naik oleh portal Mingguan Wanita semalam.
Berita itu turut disahkan oleh beberapa waris Allahyarham di facebook.
loading...
0 Response to "Waris Dedah Keadaan Mengejutkan Jenazah Adik Thaqif Selepas Digali Semula"
Post a Comment