Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat,
raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.
Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi
kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat
menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun
pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat
aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).
Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg
ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri
Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta
negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.
Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor
atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta
dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan.
Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan
malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.
...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris
Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat
rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun
berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.
Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang
baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan,
alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu
dalam seribu sultan.............!
Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti
Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg
baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan
rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua
berada.
Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October
1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri
SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi
jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama
isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada
"Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan
laungan tersebut.
(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan
sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu
sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang
ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang
Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).
Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak,
mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni
aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001
Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah
lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh
ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org²
kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa
yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.
Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan
gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat
cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......
Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid |
Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah.
Fb.
Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27
Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada
mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular
menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai
untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh
pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah
dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri
mana.
Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat
Kelantan yg ditimpa musibah banjir
Sumber: Didakwah
anda mungkin meminati
- KANSER SERVIK Penyumbang Kadar KEMATIAN Negara. Setiap Wanita Wajib Mengetahuin PUNCA, TANDA Dan PENCEGAHAN Kanser ini Kerana Ianya Merupakan Penyakit Yang Boleh Membawa Maut.
- Ramai Yang Tidak Tahu. Sebenarnya Allah Menjawab Setiap Ayat Dalam Alfatihah Ketika Kita Membacanya. Baca Untuk Lihat Jawapan Tersebut
- Remaja Muslim Berusia 14 Tahun Yang Digelar 'Manusia Kalkulator' Ini Adalah Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester
loading...
0 Response to "20 FOTO Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mengalir Air Mata Rakyat Tengok YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini."
Post a Comment