Sebagai renungan buat kita insan yang masih bernyawa. Semoga
menjadi pedoman untuk selalu beriman dan beramal soleh selagi diberi kesempatan
oleh-Nya.
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik
kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka
selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima
waktu serta lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh
tubuhnya
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan
mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu
baunya lebih busuk dari bangkai
Itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
loading...
0 Response to "Wajah-wajah Manusia Ketika Ajal Telah Tiba"
Post a Comment