JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN
Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah
buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika
itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu
dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan
tanpa rasa bersalah.
Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat
dan batas-batas.
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan
bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen
“hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen
kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi
sweet?
Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat,
janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu
maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan
yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan
dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…
Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita
bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun
tahu apa hukum dengar lagu-lagu kpop,
Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun
tahu!
Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang
kita sedang dengar lag utu? Contohnya kat twitter:
“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw Now you see Me”
Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan
lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu
dengannya! Buat sorang-sorang.
Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah,
rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan
aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang
kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…
*****
Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat
ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT
tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya
sangat-sangat merayu!
Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah
berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah
KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan
USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!
Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka
allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat!
Percayalah wahai kawan, percayalah!
Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam,
kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada
Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS
kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan
kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri
kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat
menyeksakan.
Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga
Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali
ini dengan satu kata-kata:
“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk.
Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita
akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas dari penjara dosa dan berlari menuju cinta
Allah!”
Moga Allah bagi syurga!
Entry ini Adalah Sambungan Dari Cara Nak Tinggalkan Dosa: SEJAUH MANA TAUBATMU?? Apabila Engkau Tergelincir Semula Melakukan Dosa Sedangkan Sudah Berulang Kali Bertaubat Dan Bertekad Untuk Tidak Melakukanya Lagi.. Apa Yang Perlu Aku Lakukan??.. huhu
loading...
0 Response to "Inilah Penyebab KEBINASAAN DIRI Sendiri Yang Sering Diabaikan UMAT AKHIR ZAMAN..ASTAGFIRULLAH!!"
Post a Comment