Kebaikan dan Keutamaan Solat Subuh dan Asar Berjemaah.
Sahabat yang dimuliakan,
Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering
tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu solat subuh dan solat
'asar.
Di dalam as-Sunnah,
Rasulallah s.a.w.memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan
manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu subuh dan ketika
masuk waktu 'asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'asar kelmarin akan
naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu
subuh, dan ketika masuk waktu subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan
mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada
Allah s.w.t. ketika masuk waktu 'asar. Justeru itulah di dalam al-Quran
disebutkan bahawa solat subuh dan solat 'asar itu 'dipersaksikan'. Kenapakah
solat subuh dan solat ‘asar itu mudah diabaikan atau tertinggal?
Solat subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia
sedang tidur nyenyak, manakala solat asar itu pula adalah ketika manusia sebuk
dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat
subuh dan asar itu begitu pendek pula.
Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya
melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa
dia tetap dengan solat fardunya.
Kebaikan-kebaikan solat berjemaah subuh dan asar adalah seperti berikut :
1. Mendapat pahala seperti menghidupkan malam keseluruhannya
:
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi
s.a.w bersabda maksudnya :“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan
mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh
berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam. (Hadis Riwayat Muslim)
2. Mendapat perlindungan Allah :
Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda Nabi s.a.w.
maksudnya :“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam
perlindungan Allah." (Hadis Riwayat Bukhari)
3. Malaikat akan menjaganya sepanjang hari :
Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai
kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang
pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian
akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga
kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang
pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.(Hadith ini
disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib)
4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah
malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya :
Bersabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Para malaikat malam
bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan
solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia
lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”Para malaikat menjawab:
Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan
mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari
pembalasan. ”(Hadis Muttafaqun ’Alayhi)
5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang
untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari :
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang
solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga
terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan
mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. sempurna. sempurna
."
6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah
untuk dimasukkan ke Syurga :
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara
berjemaah akan memasuki Syurga.”
Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar.
7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam Neraka :
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Tidak akan masuk Neraka
seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum
tenggelam."(Hadis Riwayat Muslim)
8. Selamat dari sifat munafiq.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Sesungguhnya solat yang paling
berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak" dan dalam
riwayat yang lain : "Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang
munafiq" .
9. Allah s.w.t memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari
kiamat.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Bergembirah orang yang
berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari
kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh
Balasan mereka yang meninggalkan solat asar
:
1. Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya : "Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah
bersabda maksudnya :”Orang yang luput solat asarnya samalah ertinya dia telah
kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
2. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Siapa meninggalkan
solat Asar, maka gugurlah amalannya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia
termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut
pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan
solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia
berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah
ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah
mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat
asar hingga ke waktu maghrib.
Sahabat,
Marilah sama-sama kita menjaga solat fardu lima waktu supaya
dapat kita dirikan diawal waktu. Kita laksanakan dimasjid atau surau secara
berjemaah kerana solat berjemaah mendapat ganjaran sebanyak 27 kali lebih baik
daripada solat bersendirian. Terutama solat subuh dan asar kerana banyak
fadilat dan kebaikan yang dinyatakan oleh hadis-hadis Nabi s.a.w seperti
riwayat di atas.
Semoga solat yang kita kerjakan dapat mencegah diri kita
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar dan akan menjadi amal soleh yang
akan membantu kita mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t di hari akhirat
nanti.
(sumber: Abu basyar)
loading...
0 Response to "Menakjubkan!! Inilah Kelebihan LUAR BIASA Apabila Mengerjakan Solat Asar Dan Subuh Secara Berjemaah. Ramai Yang Tidak tahu.."
Post a Comment