credit: didakwah.blogspot |
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas
orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung
( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si
tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan
agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani :
Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani
menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan
maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir
ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan
tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan
khidmat tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada
seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan
dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan
pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum
amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara
kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam
atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi
sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.
Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih
kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu
benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal
perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin),
baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta.
Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak
perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he Tiup perlahan-lahan sampai
habis nafas.
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam"
tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau
dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak
sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله
صلى الله عليه وسلم
: إقراء قل هو الله
أحد , والمعوذتين , حين تمسي و
حين تصبح , ثلاث مرات
تكفيك من كل شيء
( رواه أبو داود والترمذي
)
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan
(surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin
Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (
Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi :
Sohih
Sumber: Didakwah.blogspot
baca juga
- Amalan Hindar Sihir Dan Gangguan Syaitan
- Hukum Menjualkan Air Yang Dibacakan Ayat-Ayat Ruqyah
- Jom Amalkan Doa Supaya Terhindar Dari Ditipu, Dikhianati Dan Dianiayai.Mohon Sebarkan Pada Yang Memerlukan...
loading...
0 Response to "Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris"
Post a Comment