Seorang bayi berusia
lapan bulan bernama Rhea Jane meninggal dunia setelah menangis tanpa henti.
Kejadian yang tidak disangka-sangka ini begitu menyedihkan
ibu bapanya. Sebelum kejadian tersebut berlaku, bayi yang periang itu sedang
dijaga oleh ibu dan neneknya.
Walaup dijaga oleh mereka namun bayi ini masih juga dapat
bergerak untuk mengambil barang yang bukan alat permainannya.
Bayi 8 Bulan bernama Rhea Jane itu maut selepas didapati
menelan penutup botol air.
Seperti dilaporkan oleh viral4real, mungkin kejadian
tersebut dapat dijadikan pengajaran berguna kepada setiap ibu bapa
Memang, bayi sebaya itu memang suka sekali memasukkan segala
sesuatu ke dalam mulutnya.
Maka sudah sewajibnya orang tua harus berhati-hati pada sang buah hati agar kejadian yang malang
ini tidak berlaku kepada anak merek seperti yang terjadi oleh Rhea Jane.
Akibat dari benda yang ditelannya itu, Rhea kesukaran
bernafas.
Kejadian itu bermula ketika neneknya sedang mencari cucunya
itu. Sementara, ibunya sedang nyenyak tidur.
Rhea diletakkan di dalam kereta sorong dan neneknya
beranggapan bayi tersebut tidak akan dapat mencapai barangan.
Tapi siapa sangka, Rhea masih boleh mengambil tutup botol
air mineral bersaiz satu liter. Padahal, ketika itu neneknya tidak melihat ada
benda itu di sekitar Rhea tidur.
Ketika mendengar Rhea menangis, ibu dan nenek ini terus
menghampirinya. Mereka melihat Rhea meronta sambil menangis kuat. Mereka
menyedari bahawa ada sesuatu di dalam mulutnya.
Pada masa itu, ibu Rhea berjaya mengeluarkan tutup botol
minuman tersebut dari dalam mulutnya. Tapi sayang sekali, segalanya sudah
terlambat.
Rhea akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia
meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.
Ramai netizen yang memberikan doa dan simpati pada ibunya.
Tidak kurang juga ada netizen yang memberi komen supaya ibu
bapa harus lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka.
Lebih-lebih lagi jauhkan bayi dari barang-barang yang boleh
berisiko membuat anaknya di dalam bahaya. Menurut ibunya, Rhea merupakan bayi
yang ceria dan cergas.
Selain membuat orang tua senang, Rhea juga seringkali
membuat saudara dan sanak keluarga menjadi terhibur dengan tingkah lakunya..
anda mungkin meminati
- Untuk Wanita, Inilah Perbuatan yang Dianggap Zina Meski Kamu Merasa Tidak Melakukannya
- Inilah Akibatnya!! Jangan Menyerahkan Tanggungjawab mendidik 100% pada Cikgu Jika Enggan Menangis Di Kemudian Hari.
- NuR AdLyKA BuKtI LoHoNG HiTaM
loading...
0 Response to "Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia Selepas Didapati Menelan Penutup Botol Air.."
Post a Comment