INGIN MEMULAKAN BUSINESS TAPI TIADA IDEA BUSINESS APA? 5 IDEA BUSINESS PERTAMA DENGAN MODAL KECIL.






Dalam Islam, terdapat sebuah hadis menyatakan bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada berniaga. Kita seringkali mendengar kisah-kisah orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi tahukah anda bahawa 90% orang yang memulakan perniagaan gagal dalam bisnes mereka?

Sebahagian orang terutamanya golongan muda terlalu ghairah untuk memulakan bisnes sendiri kerana beranggapan memulakan bisnes membolehkan mereka cepat kaya. Walaubagaimanapun, berapa ramai di antara mereka ini lingkup awal dan menanggung hutang yang banyak setelah gagal dalam bisnes.

Sekiranya anda baru ingin memulakan bisnes, bisnes yang diceburi haruslah menggunakan modal yang sikit dan tidak menyebabkan kerugiaan ribuan atau jutaan ringgit apabila bisnes anda gagal.

Kebanyakan orang berpendapat mereka haruslah membuat pinjaman untuk memulakan bisnes. Persepsi ini jelas sekali salah dan harus diperbetulkan! Berikut adalah beberapa idea bisnes bagi anda yang ingin berjinak-jinak membuka bisnes sendiri.


1. Menawarkan Servis
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Antara bisnes dengan modal kecil adalah dengan menawarkan servis anda dengan harga yang berpatutan. Sebagai contoh, sekiranya anda pandai mendesign, bolehlah menawarkan servis design kad kahwin, poster dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

Apakah modal utama dalam bisnes servis? Masa anda. Sekiranya anda inginkan idea, boleh ke laman Fiverr.


2. Basuh Kereta
Bisnes mencuci kenderaan adalah antara bisnes yang memerlukan modal yang kecil. Modal yang diperlukan hanyalah untuk membeli sabun, span dan juga air. Sekiranya anda tinggal di apartmen atau kondiminium, mungkin pernah melihat bangla-bangla membawa basikal dengan peralatan mencuci kereta.

Mereka hanya perlu mencari pelanggan dan akan mencuci kereta pelanggan beberapa kali seminggu seperti yang telah dipersetujui.


3. Agen Insuran
Menjadi agen insuran merupakan bisnes yang lumayan masa kini. Walaupun begitu, tidak ramai yang mampu melakukannya. Seseorang agen insuran perlu mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai dan mempunyai hati yang kental.

Untuk menjadi agen, anda perlu menjalani peperiksaan dan melalui beberapa fasa. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada rakan-rakan anda yang sudahpun menjadi agen insuran.


4. Dropship
Dropship adalah konsep di mana anda akan dibayar komisyen sekiranya anda berjaya menjual sesebuah produk milik orang lain seperti kain, pakaian kanak-kanak, gajet, barangan kosmetik dan sebagainya.

Kebanyakan sistem dropship yang ada di Malaysia memerlukan anda mendaftar akaun dengan pihak penjual dan segelintir daripadanya memerlukan anda membayar yuran komitmen. Yuran ini selalunya tidak begitu mahal, mungkins serendah RM100 sahaja. Antaranya kelebihan bisnes ini adalah anda tidak perlu menyimpan stok. Sebagai penjual dropship, anda hanya perlu mengambil order, hantar order kepada penjual dan tunggu barang disampai kepada pembeli anda. Kemudian, bayaran komisyen akan diberi kepada anda seperti yang telah dipersetujui.


5. Blogging  dan Affiliate
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi sebenarnya adalah tidak mustahil untuk membuat banyak duit melalui blog. Terdapat banyak cara membuat duit melalui blog antaranye melalui pengiklanan dan affiliate. 

Idea-idea yang dikongsi ini adalah beberapa idea bisnes yang boleh anda cuba dengan modal yang rendah. Bisnes pertama ini juga boleh dijadikan permulaan untuk mengumpul modal sekiranya anda ingin memulakan bisnes yang memerlukan modal besar seperti membuka gerai makan, membuka bengkel, menjual kenderaan dan sebagainya.


Dengan memulakan bisnes dengan modal yang kecil ini, anda boleh menimba ilmu dan selok-belok bisnes dengan lebih mendalam. Sekurang-kurangnya jika anda gagal dalam bisnes pertama anda sekalipun, anda tidak mengalami kerugian besar dan terpaksa membayar hutang beribu-ribu ringgit.

credit: iluminasi

anda mungkin meminati







loading...

0 Response to "INGIN MEMULAKAN BUSINESS TAPI TIADA IDEA BUSINESS APA? 5 IDEA BUSINESS PERTAMA DENGAN MODAL KECIL. "

Post a Comment