Amalkan 4 Tips Muhasabah Diri






4 Tips Muhasabah Diri. Jom Istighfar Sebentar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata:
aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadanya dalam sehari lebih dari 70 kali..” (Riwayat al-Bukhari)

SEMBANG HADIS

- Nabi s.a.w sangat suka beristighfar kepada Allah. Walaupun nabi telah diampunkan dosa-dosanya yang lepas dan yang akan datang, Nabi tetap istiqomah bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali setiap hari.
- Taubat dan istighfar merupakan exspresi sifat kehambaan dan ketakwaan dalam diri
- Sebaik-baik muhasabah adalah dengan perbanyakkan beristighfar.

PAUSE SEMINIT

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sering bermuhasabah diri setiap pagi. Bangun sahaja daripada tidur, kita akan menghadap cermin menilai kelemahan diri. Di situ kita mula sedar bahawa tunuh badan kita amat memerlukan tidur dan rehat, makan dan minum, ubat-ubatan dan vitamin, pakaian dan sebagainya.
Hakikatnya kita amat memerlukan perlindungan Allah s.w.t. begitulah kelemahan diri sendiri membuat kita berfikir dan bermuhasabah.
Fizikal diri acap kali kita bermuhasabah. Damun akhlak dan amal diri sering diabaikan. Lantaran sibuk mengumpat dan mencanang kesalahan orang lain, keaiban diri sendiri kurang diperhatikan. Namun para salafussoleh telah memberikan kita tauladan yang baik untuk diikuti. Mereka mewarisi amalan berfikir yang sangat menguntungkan diri. Sentiasa berfikir menjadikan kita terlihat kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Lihat sahaja cara sayidina Umar al-khatab betapa beliau suka bermuhasabah diri.

Tips Muhasabah

1. Akal Fikiran dan merenung
   Mengakui kelemahan dan kehinaan diri akan memperlihatkan kebesaran dan      keesaan Allah.

2. Lidah Dan Anggota badan berzikir
Lidah akan Mula Beristighfar, bertahmid dan bertasbih. Tubuh turut tukuk, sujud dan beramal soleh kepada Allah

3.  Akal dan pancaindera bertadabbur ayat-aayat Allah

4. Hati Akan meraih ketenangan.

KESAN MUHASABAH

Akal, anggota badan, pancaindera dan hati kita seluruhnya akan hidup dengan takwa kepada Allah.









loading...

0 Response to "Amalkan 4 Tips Muhasabah Diri"

Post a Comment