Ketabahan adalah sikap yang berkaitan dengan minda dan
spiritual individu, oleh sebab itulah setiap individu dapat membina dan
memupuknya berdasarkan langkah-langkah tertentu,antaranya;
1. Adanya ketegasan dalam penentuan sasaran dan tujuan hidup
Langkah pertama yang paling penting untuk dapat membina dan
memupuk sikap tabah ialah apabila kita benar-benar menyedari apa yang kita
‘kehendaki’ dan ‘ingin capai’, ‘sebab’ sesuatu motif yang kuat itu sehingga
dapat mendorong seseorang untuk mengatasi segala kesusahan.
2. Mempunyai hasrat yang bernyala-nyala
Apabila kita memiliki hasrat yang kuat untuk memperolehi
sesuatu matlamat, maka dengan mudah sahaja kita mendapatkannya serta
mempertahankan sikap tabah supaya sentiasa dapat bertahan.
3. Memiliki rasa percaya kepada diri sendiri
Apabila memiliki rasa percaya kepada diri sendiri untuk
melaksanakan sesuatu perancangan,ini akan mendorong individu untuk melaksanakan
sehingga selesai dengan sepenuh ketabahan hati dan fikiran tanpa tergugat.
4. Kemampuan menyusun perancangan yang jelas lagi tegas
Perancangan yang tersusun rapi, sekalipun mempunyai banyak
kelemahan kerana kurang praktikal akan memberi landasan yang kuat bagi
seseorang untuk bersikap tabah mengatasi segala kesulitan.
5. Menguasai ilmu pengetahuan dengan cermat
Apabila seseorang itu menguasai selok belok perancangan yang
jelas,samada berdasarkan pengalamannya atau pengamatannya sendiri,maka
pengetahuan yang dia miliki itu dapat mendorong kepada satu sikap yang berani
dan tabah. Sebaliknya dengan pengetahuan yang serba kekurangan hanya akan lebih
banyak meneka sahaja dan bukan menunaikan tugasnya berdasarkan ilmu pengetahuan
yang dikuasainya. Dengan menguasai ilmu pengetahuan itu secara mantap,maka dia
dapat menikmati daya tahu yang mantap.
6. Menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain
Sikap ini akan dapat memupuk daya tahan yang kuat dalam
dirinya. Untuk itu sewajarnyalah membina rasa simpati,saling memahami dan
kerjasama yang harmonis dengan orang lain.
Dengan memiliki satu tujuan yang tegas dan jelas,seseorang
itu akan memilih daya tahan yang kuat dalam memperjuangkan tujuan itu
berdasarkan kemahuan yang kuat.
8. Memupuk kebiasaan yang kuat
Ketabahan itu sebenarnya adalah natijah daripada sesuatu
kebiasaan. Kebiasaan itu kita jadikan sebahagian daripada pengalaman seharian
kita yang merupakan unsur pembentukan kebiasaan yang kuat itu. Contohnya: rasa
takut adalah musuh yang paling utama dan bahaya daripada semua musuh rohaniah
kita, kita hapuskanlah secara efektif dengan memintasnya berulangkali dengan
sikap keberanian.
Semoga bermanfaat..
Credit: Batas indah blogspot
ANDA MUNGKIN MEMINATI
- Petua kecantikan Ustazah Norhafizah Musa (yang ustazah dapat daripada seorang pakar ObsGynae yang pernah tinggal di Saudi)
- Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Secara Lengkap
- Kaedah Menghilangkan sifat Pelupa dan Punca-punca Pelupa
loading...
0 Response to "8 Kaedah Melatih Diri Agar Lebih Bersikap Tabah."
Post a Comment